Bab 38 : Guardian

608 40 28
                                    

“SYA, kau dah kenapa diam je?” tanya Hana yang berjalan beriringan dengannya. Mereka dalam perjalanan ke kelas dari pusat sumber sekolah.

“Alahai kau ni... Aku diam pun salah ke?”

“Tak adalah... Selalunya mulut kau bising.”

“Mulut aku ke mulut kau?”

“Aku pula...”

Alisya tergelak melihat muka Hana. Hakikatnya, mereka berdua memang sama-sama malas nak buka mulut. Takut keluar emas agaknya.

“Sya...”

“Apa dia?”

How’s her?”

Dia yang dimaksudkannya, sudah tentulah Rania. Dan senang sahaja Alisya memahaminya.

“Macam yang aku cakap sebelum ni... Aku WhatsApp, dia block. Aku call, tak angkat. Aku nak jumpa kat sekolah, tengok muka aku pun dia tak nak.”

“Tak try minta tolong orang depan kita ni?”

Alisya melihat sekilas orang yang berjalan di hadapan mereka. Laju sahaja dia menampar lengan Hana dengan buku NILAM di tangannya apabila menyedari siapa yang dimaksudkan. Ada ke patut Hana suruh dia minta tolong dengan Si Ketua Pengawas ni?

“Aduh!”

“Tu makan dia! Kau ni... Nasib baik budak bertiga tu tak ada.” Masa ni lah rasa nak bersyukur Nad dan Sara kena panggil dengan guru pusat sumber dan Seroja kena heret dengan Khairul pergi pejabat.

“Apa salahnya? Satu geng kan?”

“Ada baiknya geng lelaki tak tahu.”

“Eleh...”

Mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Orang yang ada di dalam kelas hanyalah Daniel dan juga Iz.

“Iz, perut kau dah okey?” Ramah suara Daniel bertanya.

“Ya, dah okey.” Iz yang berdiri di meja berdekatan pintu berjalan ke mejanya yang berada di hadapan meja guru. Tempat biasa ketua kelas.

“Mana yang lain?”

“Tu, dah masuk tu.” Daniel turut ambil tempat di tempatnya.

Alisya dan Hana memandang rakan-rakan mereka masuk ke dalam kelas. Namun orang yang dicari mereka belum tiba jua.

“Maya, mana Nad dan Sara?” tanya Hana kepada orang terakhir yang masuk ke dalam kelas tersebut.

“Aku nampak mereka ikut Cikgu Nazmiah turun tadi.”

“Lambat lagi la ni kiranya...”

Alisya menjongketkan bahunya sebelum memasukkan tangan ke dalam mejanya, ingin mengambil fail untuk melihat waktu mata pelajaran seterusnya. Tapi lain pula yang dijumpanya.

Sehelai sampul surat dikeluarkan. Hanya ada namanya tertera, sama seperti yang selalu dia dapat.

Secret admirer kau lagi ke?”

“Mungkin.” Tangan membuka sampul surat tersebut. Sekeping kad dikeluarkan.

What’s troubling you?
Don’t make that face,
it pains me:(

Show me your cute smile,
pretty please...

Love,
Jejaka NR♡

Saranghae♡Where stories live. Discover now