Bab 36 : Izzah Rania

552 40 0
                                    

ChaeRy here!😭
Hai...? Mesti pelik kenapa tiba-tiba letak author note awal-awal ni kan? Oops! Jangan skip dulu!

Tujuan ChaeRy letak di sini ialah untuk memohon maaf sebab lama tak update. I'm so sorry😭 I really want to update tapi untuk tulis flashback ni bukan kepakaran ChaeRy agaknya.

Sebelum ni, ChaeRy ada sebut yang next update di bulan Syawal sebab ChaeRy ingat I can do it. But no! It's not finished yet! Sampailah sekarang which is Zulhijjah. Two months past already...😭

I'm so sorry, rainbows😭 I read your comments, ada yang ChaeRy balas, ada yang belum (I will reply soon, hehe😅). Thank you sebab inginkan update from me🤗 ChaeRy happy and rasa bersalah at the same time... Forgive me, please?

And... Enjoy your reading!

- ⋆☽ -

ALISYA berjalan ke kelas 3 Beta yang terletak di sebelah kelasnya. Hana ada menawarkan untuk menemaninya tetapi ditolaknya. Dia tak nak rakan-rakannya tahu apa yang hendak dilakukannya.

Pintu kelas 3 Beta diketuk. Tak ada cikgu, nasib baik.

"Ya? Cari siapa?"

Mata Alisya melilau ke seluruh kelas. Dia ternampak Ilham yang melambai ke arahnya dengan senyuman. Dia membalas senyuman tersebut sebelum matanya terpandang Rania yang duduk hanya selang beberapa meja dari Ilham.

'Dekatnya kau dengan dia, Ilham. Tapi kau langsung tak cam dia. Eh! Kalau dia bukan Izzah, macam mana? Apalah kau ni, Sya...'

"Boleh saya berjumpa dengan Rania?"

"Okey. Kejap ya?" Gadis itu berpaling ke arah Rania. "Rania, ada orang nak jumpa ni!"

"Coming."

Sebaik sahaja Rania keluar daripada kelasnya, mukanya jelas terkejut melihat Alisya yang menunggunya. Tak pernah-pernah gadis itu mencarinya sebelum ni. Ekspresi meyampah ditayang.

"Kau nak apa?"

"Jom."

"Pergi mana?"

"Jom je lah! Ada benda penting ni!"

"Hisy!" Rania kemudian meminta izin untuk keluar kelas sebelum mengikut langkah Alisya. Sebenarnya Alisya tarik tangan Rania sebab Rania jalan lenggang kangkung macam dalam pusat beli-belah.

"Tak payahlah tarik! Pegang-pegang orang pula."

"Mulut tu diam, kaki jalan!"

"Kau yang paksa aku keluar, suruh aku diam pula."

"Benda penting ni."

"Kau ingat aku kesah ke?"

"Ikut je la!"

Sampai sahaja di taman sekolah, Alisya melepaskan pegangannya. Rania berpeluk tubuh sambil memandang Alisya, tak puas hati ditarik ke situ.

"Aku ada benda nak tanya ni."

"Nak tanya apa? Hal Daniel? Jangan harap aku nak beritahu kau."

"Bukanlah! Tak ada masa aku nak tanya hal lelaki tu."

"Dah tu, janganlah menggedik dengan dia."

"Mana ada aku menggedik!"

"Yang Hari Sukan tu? Hari Raya?"

"Tu tak sengajalah!"

Alisya tepuk dahi bila teringat bahawa dia mengheret gadis itu bukan untuk bergaduh perihal lelaki, tetapi untuk bertanya.

Saranghae♡Where stories live. Discover now