Bab 34 : 2 Syawal

869 56 35
                                    

ALISYA menjatuhkan kepala di atas bahu kakaknya. Hati dari tadi merasa geram dan berdebar-debar dalam satu masa. Ikutkan hati, dah lama dia lari keluar dari kereta ni.

Tak boleh, tak boleh. Sia-sia je buat drama tengah-tengah jalan raya ni. Berapa kali dia nak masuk hospital tahun ni?

“Walid betul ke ingat jalan nak pergi rumah keluarga Uncle Danisy ni?”

“Walid ingatlah. Danisy pun ada ingatkan sikit-sikit. Tak sabar nak jumpa Uncle Faris.”

Inilah masalahnya.

Bila tahu bahawa keluarga mereka nak beraya di rumah Daniel, dirinya masih boleh menerima kenyataan. Tapi bila tahu bahawa kena jumpa keluarga besar Daniel, terkejutlah sekejap. Dah kalau Daniel tengah beraya di rumah keluarga besarnya, buat apa mereka ke sana, kan?

“Walid kenal la ibu bapa Danisy tu. Semua adik-beradik dia kawan Walid. Danisy sendiri bagitahu yang Uncle Faris ajak kita. Takkan nak menolak?”

Kerana itulah Alisya tahu bahawa tiada guna dia menyuarakan rasa tak puas hatinya.

“Kami dah kenal lama. Harabuci dan halmeonim awak pun berkawan dengan ibu bapa Uncle Danisy tu.”

Kalau macam tu, kenapa datuk dan neneknya tidak tinggal di Malaysia lebih lama dan menyertai mereka beraya di rumah kenalannya?

“Kita dah nak sampai ni.”

Alisya segera meluruskan badannya. Selendang di kepalanya dibetulkan. Hari Raya kedua dan dia masih dengan selendang. Tapi sebab jubah yang dipakai berwarna warna kegemaran, sejuk sikit hati dia.

Selepas melalui pengawal di pagar rumah agam tersebut, Encik Yusuf meletakkan keretanya di tempat yang sepatutnya. Keluar sahaja dari kereta, Tengku Danisy laju mendapatkan sahabatnya.

“Kau apa khabar, Yusuf?”

“Kau tanya macam dah lama pula kita tak jumpa.”

Tengku Danisy tergelak. Dua orang lelaki tersebut berjalan bersama-sama ke pintu rumah. Isteri dan anak-anak mengikut di belakang tanpa banyak bicara.

Sampai sahaja di pintu rumah, Tengku Aliana memeluk erat Puan Marsya diikuti Airish dan Alisya. Masuk sahaja ke dalam kediaman tersebut, sepasang suami isteri pula menyambut mereka.

“Yusuf, lama tak jumpa.”

“Dah berapa tahun dah, uncle. Uncle apa khabar?”

Manakala anak-anak mereka sekali lagi pegun dan saling berpandangan. Kekok apabila bertemu keluarga besar ini.

“La... Yusuf, kau ke? Aku ingatkan siapalah tadi.”

Makin lama makin ramai orang berjumpa mereka di hadapan pintu. Maka, makin lama juga makin menunduklah anak-anak di belakang. Bila bertentang mata, laju tangan dihulurkan untuk bersalam.

“Apa pula berbual di sini? Jomlah kita duduk. Kesian tetamu kita asyik berdiri je.” Mereka bergerak ke ruang tamu di bahagian kanan.

“Kacak dan cantik-cantik anak-anak Mar, apa nama?” Tersenyum Puan Marsya mendengar.

“Biasa-biasa je. Ini yang sulung, Firdaus. Itu Airish dan yang bongsu, Alisya.”

Auntie pernah dengar yang Alisya anak ketiga, tapi tak pernah pula jumpa abang dan kakak dia.”

“Masa tu Firdaus dan Airish ni tak boleh berpisah dengan arwah Ibu. Biasalah bila kami dah lama tak balik Malaysia.”

Sejujurnya Alisya tak tahu sangat perihal datuk dan nenek belah ibunya kerana mereka hanya sempat bersama Alisya selama tiga tahun sahaja. Ibunya anak tunggal, jadi apabila datuk dan neneknya meninggal dunia, memang mereka sekeluarga tidak pernah pulang ke Malaysia kerana kesibukan di Korea.

Saranghae♡Where stories live. Discover now