Bab 2 : Bahu Dibalas Kaki

4.1K 238 4
                                    

"ADIK, tunggu sekejap ya? Pegang air ni kejap." Airish meninggalkannya berdiri di situ sebelum berlalu ke kaunter. Habis kalut dibuatnya bila benda yang dipegang bertambah. Tak cukup dengan air dan keknya, kakaknya tambah air lagi.

"Aduh! Aduh, aduh, aduh!" Spontan jeritannya keluar daripada mulut apabila bahunya dikejutkan dengan air panas. Nasib baik tak terlepas apa yang dipegangnya.

"Ya Allah! Saya minta maaf, cik. Saya tak sengaja." Kepala diangkat memandang siapa yang berani menempah high kick yang dipelajarinya selama ni.

Lelaki bersama seorang rakannya.

Mata Alisya berkaca menahan sakit. Sedar akan pandangan segenap kafe akibat jeritannya, dia jadi malu dan menunduk sedikit.

"What's wrong with you? Lain kali jalan, tengok sekeliling. Please la jangan langgar orang sesuka hati."

"Same question goes to you. Perlu ke naikkan suara kau tu? Kau dah buat semua orang pandang kita." Lelaki itu disiku rakannya.

Alisya dah membulat matanya. Rasanya tadi baru dia dengar ucapan maaf, sekarang dia disalahkan pula. Rasa marah memuncak naik.

"Adik, kenapa ni?" Airish berlari mendapatkannya. Bila perasaan yang bahu yang terkena air tu merupakan bahu yang terdapat luka, rasa risau menerpa.

"Bahu okey tak?"

"Jomlah keluar, kak. Sya malu ni," bisik Alisya.

"Kami minta diri dulu." Airish menunduk sikit kepada dua orang lelaki yang menjadi punca bahu adiknya basah. Dia juga berbuat benda yang sama kepada seluruh kafe sebelum menarik tangan adiknya untuk keluar dari kafe tersebut.

Masuk sahaja di dalam kereta, Airish terus menembak Alisya dengan soalan sama ada dia okey atau tak. Bukan dia tak tahu luka tu macam mana, antara yang paling teruk pernah adiknya dapat.

"Eonni nak rasa?" Suara kegeraman apabila ditanya soalan yang dah diketahui tak masuk akal. Tangan kanannya memegang bahu kirinya yang basah. Tak sanggup nak tengok.

"Dalam kereta ni tak ada minyak nak letak. Balik terus la ya? Nanti la kita pergi supermarket dengan Umi." Airish memulakan pemanduannya, keluar dari tempat meletakkan kenderaan sebelum membelah jalan raya.

"Tu la, eonni dah cakap, balut dengan bandage, tak nak. Tu padah dia. Bagitahu oppa nanti, baru menyesal."

"Eonni! Tak payahlah bagitahu oppa, mahu dia berhentikan Sya sama macam eonni kena. Tak sanggup Sya."

"Eh, okeylah tu. Terseksa biar sama-sama." Airish ketawa.

"Tak naklah..."

"Yalah, yalah. Tak bagitahu. Tapi make sure pakai bandage nanti."

"Fine..." Mengalah.

"Anyway, ambillah barang dalam dashboard tu."

"Barang apa?" Tangan membuka dashboard kereta. Kotak yang ada di dalamnya diambil. Apabila kenal pasti apa barangnya, matanya terus bersinar-sinar.

"Sya punya ni?"

"Yalah... Macam tak biasa. Oppa buat salah, eonni betulkan. Eonni buat salah, oppa ketawakan."

Saranghae♡Where stories live. Discover now