★BAB 13~Jumpa Jumpa

3.1K 135 0
                                    

°Alisya POV

Aku mengoleskan lip gloss di bibir, sentuhan terakhir siap. Tak perlu pakai blusher bagai, muka dah cukup cantik dah. Perasan jugak aku ni.

Aku memerhati diriku di cermin, okey dah. Jam di tangan menunjukkan Pukul 2:20, 10 minit lagi.

Langkah diatur menuju ke bilik unni. Dah siap ke belum?

Tok tok tok!

"Siapa?"

"Mia Alisya, your dearest younger sister nii"

"Masuk je lahh" aku terus masuk ke dalam bilik unni.

"Unni dah siap ke belum?" saje tanya padahal nampak unni pakai bedak, lamanyaa.

"Jap, nak letak blusher ni" lambat betul unni aku make up.

"Dah, jom" akhirnya.

Kitorang turun ke bawah dan menuju ke arah ruang tamu.

"Walid, umi, kitorang gerak dululah ye" unni beritahu our parents.

"Bawak kereta tu elok-elok" umi memberi pesanan kepada unni. Selepas bersalam, kitorang terus ke kereta walid. Kereta kecik sudahlah, bawak kereta besar nanti terbalik pulak.

"Bismillah" selepas baca doa, kitorang terus bergerak menuju ke mall.

°End Alisya POV

♪♪♪

°Syafeeqa POV

Tok tok tok!

Siapa pulak ketuk pintu ni? Nak bersiap pun tak boleh, kacau je.

Tok tok tok!

Eh, tak menyempat betul. Pintu dibuka. Terpampanglah wajah adikku, Tengku Daniel Ariffin yang kacak. Jap, kacak ke?

"Kak long dah siap ke?"

"Jap, nak ambik handbag" aku ambil handbag dan terus keluar dari bilik. Wait, mana Niel?

"Kak long, done?" dari mana pulak dia ni muncul?

"Jom"

°End Syafeeqa POV

♪♪♪

"Unni, jom pergi butik tu" ajak Alisya.

"Jom!" langkah diatur menuju ke sebuah butik pakaian.

Alisya membelek blouse warna sky blue. 'Cantik' terdetik di hatinya. Dia mengambil blouse itu dan beredar ke deretan baju lain.

Sedang asyik dia berjalan, dia ternampak Daniel dengan seorang wanita berjalan di luar butik.

'Siapa tu? Girlfriend Daniel ke? Tapi dia tak nampak macam tu pun. Wait, asal aku nak kesah? Hidup dia, biarlah dia' Alisya berkata-kata dalam hatinya lalu ke kaunter pembayaran.

Selepas mereka keluar dari butik, mereka menuju ke kedai buku. Tangan pun dah letih pegang banyak beg shopping. Baru 1 jam tapi beg shopping bukan main banyak, macam dah ada list nak beli apa. Alang-alang dah nampak kedai buku, baik pergi cepat. Nanti tak ingat, tak pasal-pasal kena marah ngan cikgu sebab tak beli buku.

"Adik, lepas ni, kita pergi kafe jom"

"Okey je. Lagipun tekak haus ni"

Sewaktu Alisya ingin mencapai buku, satu tangan terlebih dahulu mencapainya. Dia melihat gerangan yang mengambil buku itu.

Saranghae♡Where stories live. Discover now