Bab 39 : Rehat Minda

560 27 14
                                    

“MUKA tu cover sikit. Jangan tunjuk happy sangat.”

“Apa salahnya aku happy?”

Happy tu tak salah, tapi kena ingat yang cikgu bawa kita jalan-jalan untuk rehatkan minda yang stress sebelum exam PT3, bukan nak bermain.”

Tarikh PT3 semakin mendekat, maka waktu Rehat Minda sudah tentulah tiba. Dapat bebas daripada sekolah untuk sehari sambil luangkan masa dengan kawan dan takkan ditegur main-main, siapa tak gembira kan?

“Semua pelajar diminta beratur mengikut kelas masing-masing. Bas akan tiba tidak lama lagi, jadi semua diminta bersedia. Jangan tiba-tiba tertinggal barang sebab bas takkan patah balik, faham?”

“Faham, cikgu.”

Nad dan Sara dah berpaling memandang rakan-rakan mereka dengan muka serba salah.

“Nak duduk macam mana ni? Aku tak nak la Sya merajuk lagi.”

“Hei! Sempat sindir eh?”

“Mesti!”

Nad dan Sara high five sambil ketawa melihat muka cuka Alisya. Seroja dan Hana pun join sekaki.

“Nak berpakat dengan geng lelaki ke? Aku boleh je duduk dengan kembar aku.”

No, no, no. Yang lelaki kan kena duduk depan, aku nak duduk belakang tau.”

“Bukan ke kerusi belakang sekali tu untuk lima orang?”

Mata mereka bersinar memandang Hana, fakta yang sangat diperlukan buat masa ini.

“Kita cop belakang sekali la kalau macam tu, senang!”

“Tak sabarnya! Aku dah bawa jajan tau nak makan nanti.”

“Sayangnya, ada satu perkara yang aku tak suka.”

“Apa dia?”

“Jaket ni.” Nad angkat lengannya, menunjuk kepada lengan jaket kelas yang dipakai.

“Aku tahulah nak bezakan kelas, tapi negara kita ni iklim Khatulistiwa tau, bukannya Laurentia nak berjaket segala.”

Geography detected.”

“Ingat lah bila hari-hari jawab soalan geografi.”

“Ala Nad, style apa?”

“Lepas tu t-shirt kelas kita tak cukup style lagi ke?”

“Jujur aku cakap, berbanding t-shirt, jaket ni lagi style.”

“Kau patut bersyukur jaket ni tak tebal sangat. Kalau guna yang musim sejuk tu, dah mandi peluh aku rasa.”

“Dengar tu Nad, bersyukur!”

“Korang, bas dah sampai.”

“Ya Allah, tak perasan!”

Kaki terus mendekati bas yang dah panjang barisannya. Leka bersembang lagi, kan dah kena potong line. Padan muka.

Why?” Itu yang terpacul keluar dari mulut Hana bila kerusi belakang sekali dah diduduki orang lain.

Yang juga dikenali sebagai, geng lelaki.

“Hana, hai!”

“Kenapa korang duduk sini?” tanya Sara di belakang Hana.

“Dah ada lima seat, cukup-cukup untuk kami.”

“Kami pun nak duduk sini.”

“Eh, kami datang dulu.”

Saranghae♡Where stories live. Discover now