Bab 24 : Secret Admirer

1.1K 66 10
                                    

“HANS, teman aku pergi washroom?”

“Sesuka hati kau je tukar nama aku jadi Hans. Nama aku Hana la...”

“Sekali-sekala. Jom lah...”

“Yelah... Jom.”

Mereka berdua keluar daripada bilik tersebut lalu bergerak ke bilik air. Hari ni, Hana tukar bilik dengan Seroja. Katanya, alang-alang nak bincang projek. Ikutkan je la...

Baru sahaja nak buka pintu bilik nak masuk, tiba-tiba datang seorang gadis berlari ke arah mereka sambil menjerit nama Hana. “Kak Hana!”

“Dik, jangan main lari-lari dik! Kang jatuh nanti,” tegur Alisya.

“Maaf, akak. Saya nak minta tolong?”

“Minta tolong apa?”

“Ni kenapa rush semacam je ni, Suha? Dahlah keluar bilik seorang diri, gelap ni.”

“Oh, kenal eh?”

“Junior kesayangan ni. Ha, kenapa Suha rush semacam ni?”

“Dila demam kak. Dia mengigau, lepas tu badan dia panas. Akak kan exco, tu yang Suha cari akak. Suha tak tahu nak buat apa.”

“Eh mari la kita pergi tengok dia.”

Mereka bergegas ke bilik yang diduduki Suha dan Dila. Nasib baik satu aras je ni. Kalau tak, jenuh naik turun tangga.

“Masuklah, akak-akak.”

Hana dan Alisya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik yang kemas dengan meja yang bersepah di tengah-tengah bilik. Hana pergi ke katil Dila lalu meletakkan tangan di dahi gadis itu.

“Panasnya. Dia demam panas ni.”

“Aku rasa baik kita bawa dia jumpa warden. Boleh pergi klinik terus.”

Good idea. Suha nak ikut?”

“Hans, kau lupa atau buat-buat lupa?”

“Apa?”

“Kan form 1 ada international exam esok? Ni dah nak midnight, kesian la Suha nanti.”

“Ya tak ya juga kan? Kalau macam tu, Suha tolong Dila bersiap kejap ya? Akak berdua pun kena sarung tudung apa semua tu. Tunggu ya?”

“Okey. Terima kasih, kak.”

“Sama-sama.”

Alisya dan Hana berlari ke bilik Hana. Pintu dibuka. Kunci ada la dengan Hana, exco asrama kan. Masuk je, ketiga-tiga rakan mereka dah tidur dengan lampu terbuka. Almaklumlah, Sara tu takut gelap.

No choice, kau kena teman aku.”

“Aku pergi sarung apa yang patut dulu.”

Selesai je, bilik dikunci. Sekali lagi mereka berlari ke bilik Suha dan Dila. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dibuka oleh Suha.

“Suha tidur ya, prepare untuk esok. Kunci pintu bilik tau.”

“Okey.”

All the best. Assalamualaikum...”

Waalaikumussalam. Thanks, akak.”

Alisya dan Hana memapah Dila ke aras bawah sekali. Ketuk pintu warden, cerita itu ini, settle apa yang patut dan terus bergerak ke klinik.

Dari tingkap salah satu bilik di blok asrama putera, Daniel memerhati kereta yang bergerak keluar dari perkarangan asrama.

‘Tu bukan Alisya ke?’

Saranghae♡Where stories live. Discover now