★BAB 12~Pulang Ke Rumah

3.1K 134 19
                                    

Ting tong!
Ting tong!

Loceng rumah ditekan oleh seorang pemuda berbaju t-shirt turqoise dengan padanan seluar jean. Selepas menunggu berapa ketika, pintu pagar dibuka.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, Daniel! Kenapa balik tak bagitahu?" mama Daniel memarahi Daniel yang tersengih macam kerang wangi. Bukan kerang busuk, eh.

"Saja, nak buat suprise. Lagipun Niel letih la mama" Daniel membalas seraya menjejakkan kaki ke dalam rumah. Terus dia duduk di atas sofa yang adiknya sedang tidur.

"Adik, oh adik!"

"Jangan kacaulah, orang nak tidur ni"

"Budak ni. Erin Nina!"

"Eh, angah ni sibuklah" Erin mencebik dan ingin sambung tidur sebelum teringat sesuatu.

"Angah! Bila balik? Kata tak balik minggu ni. Tipu adik, eh? Merajuk ah ngan angah. Tak nak cakap" Erin terus bangkit dari tidur dan buat muka masam.

"Wahai adikku, Tengku Erin Nina, tak dak masa angah nak pujuk, okey? Pujuk diri sendirilah or suruh kak long yang pujuk." selamba Daniel berkata lalu melangkah ke tangga. Dia mendaki tangga menuju ke biliknya dan mendengar adiknya menjerit

"Eeee, angah annoying!" Erin buat muka masam.

"Eeee, angah ni hati batu betul lah. Tak pandai pujuk perempuan langsung. Agaknya lama lagilah aku nak dapat kakak ipar. Dahlah, lapar pulak. Jom pergi dapur!" Erin mengomel perlahan lalu menuju ke dapur.

"Adik, makan je tahu. Tengok badan tu, dah gempal dah." mama memarahi Erin yang sedang membuka pintu peti ais.

"Alaa ma, macam tak tahu adik ni camne. I really really really love chocolate" Erin senyum cute gitu sambil menunjukkan coklat bar di tangannya.

"Dah, malas layan adik. Pergi panggil kak long, suruh dia tolong mama" arahan dari komander Tengku Aliana.

"Ai ai, captain" Erin menjawab seperti budak-budak walhal sudah berumur 12 tahun.

Tok tok tok!
Tok tok tok!

"Kak long, ni adik ni. Kak long, bukalah pintu ni"

Pintu Tengku Nurul Syafeeqa dibuka lalu tersembullah(?) muka Tengku Nurul Syafeeqa.

"Yes adikku sayang, kenapa ketuk pintu kak long ni?" kak long nya yang cantik anggun bertanya dengan suara lembut bak buluh perindu. Betul ke salah la ni.

"Okey, adik nak cakap something ni" Erin acah-acah serius padahal bukan benda penting pun.

"Apa?" Syafeeqa bertanya sambil menutup pintu.

"First, angah dah balik."

"Eh, tak dengar pun kereta ke apa ke tadi?" Syafeeqa berkerut tapi still anggun, okey.

"Mana nak dengar, orang tu sibuk dengan apa entah dalam bilik dia. Tapi kan apa yang kak long buat dalam bilik? Dengan adik pun nak secret-secret bagai" fakta, Erin memang manja dengan family dia tapi kalau ngan orang lain, kirim salamlah.

"Takde pape lah" Syafeeqa masih berahsia.

"Alaa, kak long beritahu lah adik" Erin muncung.

"Nanti dah siap, kak long beritahu lah. Sambung apa yang utama tadi sampai ganggu konsterasi kak long." Syafeeqa memberi arahan tegas-lah-sangat.

"Okey. First, angah balik dari aspura. Second, mama panggil suruh tolong buat menu minum petang"

"Sekarang ke kena tolong mama?" Syafeeqa melihat sekilas pintu bilik Daniel.

Saranghae♡Where stories live. Discover now