Bab 5 : Si Kembar

3.3K 162 0
                                    

“SYA, datang sini kejap.” Alisya yang baru sahaja menuruni tangga dipanggil Puan Marsya. Dia memang jarang keluar bilik bila malam tiba, katanya rumah sunyi.

“Kenapa, Umi? Nak Sya tolong apa-apa ke?” Kakaknya di asrama, jadi dia perlu menggantikan tempat kakaknya yang sentiasa menolong ibunya apa yang patut.

“Duduk sini kejap.” Alisya akur lalu mengambil tempat di atas sofa menghadap televisyen.

“Macam mana sekolah? Okey?” Spontan sebuah senyuman terukir di bibirnya mendengar pertanyaan ayahnya.

“Okey! Kawan-kawan Sya semua ramah!”

“Betul ni okey?”

“Betul la.”

“Walaupun tanpa kakak Sya?”

Jeda sebentar.

“Tak apalah... Eonni kan susah payah untuk masuk asrama penuh tu, takkanlah Sya nak suruh eonni sekolah dengan Sya pula? Membazirlah usaha eonni kalau macam tu.”

“Dah besar dah anak Walid ni.” Encik Yusuf menggosok kepala Alisya lembut.

“Besar apanya, Walid? 15 tahun pun tak official lagi.”

Alisya mengelap tangannya dengan tisu basah yang ada di atas meja sebelum mencapai biskut yang dibakar ibunya petang tadi. Dia memang suka biskut buatan ibunya, lagi-lagi dia pun tolong juga tadi.

“Umi nak beritahu benda ni.”

“Nak beritahu apa, Umi?”

“Abanglah beritahu.” Alisya yang memandang ibunya mengalihkan pandangan kepada ayahnya.

“Beritahu apa, Walid?”

“Kami nak Alisya berdikari.”

Dahi Alisya berkerut. “Kan Sya dah berdikari? Sya basuh baju sendiri, guna tangan pun boleh. Sya lipat baju sendiri, gosok baju sendiri. Umi dan eonni kan dah ajar Sya buat semua ni sejak habis sekolah rendah lagi.”

“Maksud kami... Kami nak Sya masuk asrama?”

“Ha?” Off guard.

“Kami nak Sya duduk asrama di sekolah Sya, macam eonni Sya tu.”

Alisya terdiam. Selama ni dia tak pernah lagi berenggang dengan ibu bapanya lama-lama. Tengok saja perangainya, memang tak boleh sakit sikit, terus nangis. Ini pula nak duduk asrama yang balik dua minggu sekali? Silap-silap sebulan sekali je.

“Memang taklah!” Ton suaranya meningkat manakala badan tiba-tiba berdiri.

“Sya, kawal suara awak tu. You’re speaking to your father,” tegur Puan Marsya yang turut berdiri.

“Masalahnya, Umi dengan Walid nak benda yang tak masuk akal. How can you ask me to live in the dorm when it didn’t even been a year since we arrive here?”

“Sebab Sya belum familiar dengan Malaysia lah, we make this decision.”

“Tak, Sya tak faham. Untuk buat Sya familiar, Sya kena duduk asrama? Kalau berkurung, macam mana nak familiar dengan Malaysia?”

Saranghae♡Where stories live. Discover now