Bab 33 : Selamat Hari Raya!

1K 64 19
                                    

TAKBIR raya berkumandang. Pagi itu matahari tidak terlalu terik, cukup menyegarkan. Kicauan burung bagai turut gembira akan hadirnya hari tersebut.

Ketukan di pintu menyedarkan Sang Gadis yang asyik memandang luar jendela. Baju kurung berwarna biru tersarung di tubuhnya. Baju kurung tanpa corak itu diserikan dengan jahitan bunga-bungaan, sulaman manik dan renda di hujung baju. Ringkas tapi cukup cantik.

“Masuk!”

Pintu biliknya terkuak. Kakaknya dengan muka ceria masuk ke dalam biliknya. Namun senyumannya bertukar menjadi kerutan apabila ternampak Alisya masih belum bersiap sepenuhnya.

“Kenapa Sya tak siap lagi? Semua orang dah tunggu kat bawah tau.”

Eonni la salah.”

“Aik? Apa salah eonni?”

Eonni belikan Sya selendang. Lepas tu bukan yang kosong, tapi yang ada lace bagai. Kenapa tak belikan bawal?”

Itulah padahnya apabila membenarkan kakaknya membelikan tudung untuknya. Dia lupa bahawa keluarganya memang suka tengok dia pakai selendang, dia je yang susah nak pakai.

“Bukan selalu Sya pakai selendang, jadi apa salahnya? Raya ni one of the special occasion tahu tak? Tak bolehlah Sya pakai selendang waktu majlis syarikat je. Tak adil.”

Muncung mulut Alisya apabila mendengarnya. Bukan ini yang dia harapkan daripada mulut kakaknya. Dia nak kata-kata maaf atau mungkin kebenaran untuk pakai bawal yang tersangkut di rak tudung.

“Sya nak pakai bawal boleh? Ada je warna yang sesuai dengan baju ni.”

“Sya... Letih tau eonni dengan oppa carikan selendang biru yang ada calit-calit warna ungu ni.”

“Tak suruh pun eonni belikan selendang.”

“Sya...”

“Yalah, yalah. Eonni tolong Sya pakai selendang ni.”

Good girl. Come, eonni nak cuba gaya baru.”

Alisya tabahkan hati. Susah ada kakak yang suka selendang tapi adiknya yang seorang ni pula lebih memilih bawal. Kontra.

Beberapa minit berperang di hadapan cermin, Alisya siap dengan selendang di kepala. Airish kelihatan berpuas hati dengan hasil kerjanya. Disuruhnya Alisya memakai pelembap bibir untuk mengelakkan bibir kering.

“Siapa yang ada dalam rumah ni?”

“Semua lelaki dah pergi masjid. Umi, aunties dan halmeonim pun ikut juga. Tinggal kita dan sepupu-sepupu perempuan je.”

Raya kali ini istimewa. Seluruh ahli keluarga mereka datang ke Malaysia untuk sambut Raya bersama-sama. Puan Marsya anak tunggal, memang tak ada saudara-mara di Malaysia.

“La... Sikitnya. Tak takut kita hilang ke?” Mulut Alisya tersengih.

“Mulut tu. Pengawal ada je kat luar.”

“Tak beraya ke?”

“Yang muslim, Walid hantar balik. Yang non-muslim je ada.”

“Lamanya bersiap,” tegur HyeSung yang lengkap memakai jubah berwarna sky blue.

Tema keluarga mereka warna biru. Aneka biru mengikut keluarga kecil masing-masing. Keluarga kecil Alisya memilih untuk memakai warna navy blue.

“Mimpi eh pakai jubah? Selalunya dress,” usik Alisya.

“Biarlah orang nak try. Jom pergi makan.”

Apabila lelaki-lelaki balik rumah, mata Alisya membulat melihat abangnya. Tak pernah-pernah abangnya memakai sampin dengan baju melayu, selalunya kurta kosong je. Berkat beraya di Malaysia kut.

Saranghae♡Where stories live. Discover now