Bab 42 : Ends Here

627 32 54
                                    

“BEBAS!”

Tak, mereka tak baling nota dan seangkatan dengannya. Ilmu, ilmu. Mereka baling kotak pensel je. Tu pun dah pastikan kalkulator dan pensel mekanikal dah dikeluarkan.

“Tengok gambar!”

“Sabar la sabar.”

Dan ya, lempar tu untuk ambil gambar. Tak cukup berlima, gadis-gadis tu heret para jejaka. Tak cukup sepuluh, mereka heret sekelas. Tak cukup sekelas, mereka heret satu tingkatan. Tak cukup pelajar...

Tak, tak heret cikgu. Kalau cikgu, sudah tentulah mereka ajak dengan sopan.

“Nanti send dalam WhatsApp group tau?”

“Sara, jangan nak pandai post je.”

“Aku tahulah. Korang ni... Tak harap sangat eh gambar dengan aku?”

“Memang tak pun!”

“Cis!”

Orang lain tergelak melihat muka masam Sara. Nad menarik pipinya sambil tergelak. Inilah yang dipanggil kawan baik. Gelak apabila kawan sehati sejiwanya diusik, tetapi mengaum apabila mereka dibuli.

“Korang, lepak dalam library jom?” ajak Nad apabila semua orang sudah mula bersurai mengikut haluan masing-masing.

“Cikgu Nazmiah bagi ke?”

“Syarat dia, tolong kemas library sekali la.”

“Oh... Like usual.”

Mereka berlima menggalas beg yang sudah ringan akibat tiada buku dibawa sebelum bergerak ke tangga.

“Hantar buku teks bila eh?”

“Tak silap aku, hujung minggu ni. Kenapa? Kau tak balut buku eh?”

“Aku balut okey! Cuma dah terkoyak sana sini.”

“Ganas sangat baca buku.”

“Bukan salah aku, salah buku tu.”

“Buku tu tak salah weh, bergerak pun dia tak boleh.”

“Korang...” Suara Alisya menghentikan perbualan mereka.

Yes?”

“Aku nak pergi kelas kejap tau.”

“Okey, jom pergi sekali.”

“Eh! Tak apa, tak apa. Aku pergi seorang je.”

Sure?”

Yes. Lagipun aku nak jumpa dengan Rania dan Ilham juga.”

“Ouh, okey.”

“Jumpa korang kat library! Bye!”

Alisya terus berlari di koridor memandangkan kelas mereka berada di aras tersebut, tetapi di bangunan sebelah. Empat orang rakan-rakannya menghantar dia pergi dengan pandangan mata. Seketika kemudian, mereka saling berpandangan.

“Jumpa Rania, kita pun boleh teman.”

“Adalah tu nak throwback apa-apa.”

“Pandailah kau.”

“Jomlah pergi library. Kang cikgu gerak keluar, kita hadap pintu berkunci je nanti.”

— ⋆☽ —

DIA tergesa-gesa masuk ke dalam kelas apabila dari pagi hingga waktu rehat berada di padang bersama rakan-rakannya, bermain bola sepak setelah sekian lama berhenti kerana PT3. Gara-gara itu, niatnya untuk mengirim surat untuk crush di pagi hari terus terbatal.

Saranghae♡Where stories live. Discover now