Bab 6 : Asrama

3.1K 165 0
                                    

ALISYA berdiri di hadapan pejabat asrama SMK Sri Bangsar. Barang-barangnya telah dibawa ke biliknya oleh salah satu warden yang dijumpainya. Kata warden itu, dia perlu mendaftar dengan Cikgu Ina dan mendapatkan kunci bilik.

Masalahnya, tiada siapa yang menemaninya. Tiba-tiba rasa menyesal kerana menolak apabila ibu bapanya ingin menemaninya tadi. Niatnya tak nak susahkan mereka, akhirnya diri sendiri yang susah.

Call Seroja la.”

Telefon dikeluarkan daripada beg galas kecil yang disangkut di bahu. Jari menekan-menekan skrin telefon sebelum dilekapkan di telinga. Tidak lama kemudian, panggilannya diangkat.

Assalamualaikum, Alisya.

“Waalaikumussalam. Seroja! Kau dah sampai ke belum?” Kaki bergerak ke bangku berdekatan pejabat tersebut.

Aku dah sampai, baru lepas uruskan barang. Kau dekat mana ni? On the way?

“Aku dah ada depan pejabat cikgu asrama la. Tinggal nak masuk je.”

La... Awalnya kau, Sya. Geng kita semua ada kat sini.

What?” Sekarang dia dah menyesal kerana datang lebih awal dari masa yang dijanjikan.

Kami on the way ke pejabat ni. Tunggu tau?

“Yalah... Cepat tau?”

Selepas bertukar salam, panggilan dimatikan. Alisya menyimpan telefonnya di dalam beg yang setia tersangkut di bahu. Sempat la juga tangkap dua tiga keping gambar kawasan asrama yang bakal didiaminya.

“Alisya!”

“Geng!” Laju Alisya berlari mendapatkan rakan-rakannya.

Dia tidak pelik bila Khairul dan yang lain turut ada bersama. Sudah tentu Khairul yang mengajak mereka untuk mendaftar bersama kembarnya. Apatah lagi Naqib dan Zul merupakan geng rakan-rakan perempuannya.

“Kau orang masuklah. Jumpa Cikgu Syed dan Cikgu Ina tau,” pesan Hana.

“Eh, masuklah sekali.”

“Tak naklah.”

“Masuklah.”

“Tak nak.”

“Masuk.”

“Tak nak.”

“Masuk.”

“Orang dah tak nak tu, tak payahlah paksa.” Suara itu mencelah pergaduhan kecil Alisya dan Hana.

“Bukannya aku ajak kau pun! Jom masuk, Seroja.” Seperti kelmarin, dia memegang lengan Seroja lalu membuka pintu pejabat.

“Aku tak pernah tahu kau kejam,” kata Khairul.

“Dia paksa orang.”

“Apa-apalah Daniel. Aku daftar dulu. Geng, tunggu kami. Jangan tak tunggu pula.”

“Masuklah sana,” halau Sara.

Saranghae♡Where stories live. Discover now