Bab 31 : Iftar Together

936 56 46
                                    

“DIK, tak letih ke paut tangan oppa ni?” Firdaus merungut. Mana taknya, sekejap lengannya dipaut Alisya, sekejap lagi dipaut Airish.

“Tak. Oppa baru keluar hospital, tak boleh lasak-lasak.” Kemalangan Firdaus tak adalah teruk sangat, tapi bila ada adik-adik yang manja, faham-fahamlah.

Airish yang berjalan di sebelah Alisya ketawa kecil melihat muka Firdaus. Siapa suruh balik tak bagitahu sangat? Itu balasan ikhlas dari Alisya.

“Dik, rajin pula hari ni pakai blaus oppa beli? Selalunya kalau ada ropol-ropol macam ni, buat jadi koleksi je.”

Eonni yang paksa. Oppa marahlah eonni, eonni buli Sya.” Muka kasihan ditayang.

“Apa masalahnya kalau Rish suruh Sya pakai blaus ni? Barulah nampak cantik. Sejuk mata memandang.”

“Kenapa oppa backup eonni?” rengek Alisya manja. Firdaus tersengih dan menggosok kepala adiknya lembut.

“Walid, nak berbuka di mana ni?” Soalan daripada Airish membuatkan ibu bapa mereka berpaling ke belakang.

“Kita berbuka di restoran yang selalu Umi pergi dengan Walid kamu dulu la. Nak balik rumah memang tak sempat.” Puan Marsya menjawab bagi pihak Encik Yusuf.

Dating ke Walid?” usik Firdaus.

“Umi awak ni manalah pandang Walid dulu. Nak dengar suara dia pun susah, apatah lagi nak dating.”

“Abang ni...” Marah manja.

Mereka berjalan masuk ke dalam restoran yang diberitahu Puan Marsya.

“Sya nak makan apa ni?” tanya Airish.

“Tak tahulah... Eonni?”

“Nasi yang pasti. Daging pun nampak sedap hari ni.”

“Sya, kerongsang tudung Sya jatuh.” Teguran dari abangnya membuatkan Alisya pandang bahu. Kerongsangnya memang tercabut dan membuatkan bahagian tepi selendangnya jatuh.

“Umi, adik nak pergi ladies kejap. Eonni tolong order tau.”

“Sya nak makan apa?”

Seafood.”

Alisya tergesa-gesa ke bilik air, ingin mencari cermin. Kalau tak kerana permintaan abangnya yang ingin melihatnya memakai hadiah dari Australia, pasti bawal yang tersarung di kepala. Tak payah susah-susah nak belit bagai.

Agak lama juga dia di tandas kerana tiada bantuan daripada kakaknya. Selalunya kalau pakai selendang, pasti kakaknya yang menolong. Selesai menguruskan selendangnya, dia keluar daripada ruang tersebut.

Beberapa langkah berjalan, matanya bertembung dengan sepasang mata milik Sang Ketua Pengawas. Dua orang remaja itu agak tersentak, tak menyangka akan bertemu di luar sekolah dan asrama.

“Daniel?”

“Alisya...”

“Eh? Alisya!”

“Kak Sya!”

Mata bertembung dengan orang lain, tapi orang lain yang berlari mendapatkannya. Afeeqa dan Arin memeluk dan bersalaman dengan Alisya yang masih terkejut. Ibu bapa mereka memandang dengan pelik.

“Kak Sya buat apa di sini?”

“Kak Sya on the way berbuka dengan keluarga Kak Sya.”

“Airish!”

“Feeqa!”

Gaya dua orang calon SPM tersebut bagaikan sudah lama tak berjumpa. Mereka melagakan pipi sebelum mula berceloteh. Arin pun turut serta dalam perbualan mereka.

Saranghae♡Where stories live. Discover now