Bab 28 : Mia, Fin dan Zim

854 57 4
                                    

ALISYA melontarkan satu persatu bajunya keluar dari almari ke atas katil. Sesekali dia bersin apabila habuk berterbangan berdekatan mukanya.

Ingat ya dik, cuci biar hilang habuk tu, biar berkilat macam Kaizo cuci okey? Almari dah macam sarang tikus, tak padan dengan anak dara.

Kerana kata-kata kakaknya, Mia Airish, dia terpaksa membersihkan almarinya walaupun hati dah berhajat nak baring-baring je sepanjang cuti ni.

Alisya melutut untuk membuka kabinet kecil di bahagian bawah almari tersebut. Satu persatu barang dikeluarkan. Dia masuk ke dalam kabinet itu untuk ambil barang yang agak ke belakang.

“Adik!”

Ktuk!

“Aduh!”

“Eh, apa adik buat kat dalam tu?”

“Ambil barang la. Eonni kejutkan Sya dah kenapa? Sakit tau!”

Sorry.” Airish ingin menepuk bahu Alisya tapi sayangnya Alisya mengelak, maka badan Airish terdorong ke hadapan dan melanggar almari tersebut.

Eonni!” Barang-barang di atas almari jatuh akibat gegaran tersebut.

“Dik, glob!”

Tangan Alisya laju ke hadapan untuk menyelamatkan glob kacanya daripada jatuh. Nasibnya baik kerana glob itu berjaya diselamatkan.

I think I should go now. Nanti dah siap, turun eh?” Pintu ditutup.

Bukan nak lari, tapi Airish tahu bagaimana keadaan adiknya kalau dah pegang glob tersebut. Glob itu diletakkan di atas almari untuk dielakkan tengok, tetapi kali ni jatuh pula.

Alisya masih merenung glob kaca tersebut. Posisinya kekal duduk sambil bersandar di tepi katil. Otaknya memainkan kenangan zaman kanak-kanaknya daripada hari pertama berjumpa ‘mereka’.

Seorang kanak-kanak perempuan berjalan keluar dari tempat penjagaan kanak-kanak. Sepasang matanya melihat sekeliling untuk mencari ibu saudaranya. Sesekali dia ditegur oleh orang yang bekerja di situ.

“Tak nak! Niel tak nak la!” Suara itu menarik perhatiannya.

Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berbaju biru sedang menangis di atas ruangan menunggu. Di sebelahnya pula terdapat kanak-kanak lelaki berbaju jingga. Terdapat sepasang suami isteri yang agak berusia, pangkat datuk nenek sedang memujuk kanak-kanak lelaki yang menangis tersebut.

Kaki dihalakan ke arah mereka. Blaus ungu di badannya dibetulkan sedikit. Poket seluar diseluk sebelum dikeluarkan tiga batang lolipop yang diberi oleh ibu saudaranya tadi.

“Hai!” Lolipop dihulurkan di hadapan dua orang kanak-kanak lelaki tersebut. Esakan tadi terhenti.

“Ambillah.”

“Mama marah makan lolipop,” kata kanak-kanak lelaki yang telah berhenti esakannya, mungkin terkejut.

“Sama la! Umi pun marah, tapi Umi cakap kadang-kadang makan tak apa. Jangan selalu.”

“Sama dengan Mummy!” balas kanak-kanak lelaki yang berbaju jingga.

“Jadi, ambillah! Ada tiga, satu untuk awak, satu untuk awak dan yang ni untuk saya!” Lolipop diagihkan.

“Nanti Mama marahlah...”

“Okey la... Aunty, aunty, boleh tak kalau dia nak makan lolipop?” Ditanyakan kepada suami isteri yang dari tadi hanya jadi penonton.

Saranghae♡Where stories live. Discover now