Bab 27 : Which One is Sweet?

1.3K 75 15
                                    

HARI ini merupakan hari pembahagian hadiah untuk sukan tahunan SMK Sri Bangsar. Seperti dua hari sebelumnya, pelajar-pelajar beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Yang bezanya adalah mereka duduk di dalam dewan, bukan padang sekolah.

Dan baju sukan. Pelajar-pelajar SMK Sri Bangsar memakai jaket rasmi sukan yang berwarna putih dengan corak berwarna warna rumah sukan, logo sekolah dan nama sendiri yang tertulis dengan tulisan berangkai berwarna hitam. Warna emas turut disertakan di jaket berhud tersebut.

Alisya yang duduk bersila di belakang Sara memandang pentas dengan pandangan kosong dan otak yang melayang jauh. Pengetua sekolah sedang memberi ucapan penutup hari sukan. Ucapan beliau berakhir dengan tepukan yang bergema di dalam dewan tersebut.

“Waktu pembahagian medal!” Sara dengan teruja memberitahu Alisya.

“Gaya macam kau pun join perlumbaan.”

“Memanglah aku tak masuk, tapi kau masuk. Nanti kalau giliran Ametis, aku nak bersorak kuat-kuat.”

“Suka hati kau la.”

Medal dan hadiah akan diberikan kepada tempat ketiga, naib johan dan johan sahaja manakala tempat keempat tidak mendapat sebarang medal. Podium untuk berdiri mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga turut berada di pentas yang digunakan untuk menangkap gambar.

Seterusnya perlumbaan lari berganti 4×100 kategori lelaki bawah 15! Tempat ketiga jatuh kepada rumah sukan Delima!

“Zul la weh!”

“Ya, partner kau.”

“Otak kau!”

Naib johan jatuh kepada rumah sukan Zamrud!

“Musuh Hana!”

“Kembar Seroja.”

Akhirnya, johan jatuh kepada rumah sukan Ametis!

Muka Alisya menjeruk apabila melihat Daniel dan tiga orang pelajar berdiri dan ke hadapan beserta tepukan tangan dan sorakan.

“Daniel la!”

“Ya, aku nampak.”

Kita teruskan dengan perlumbaan yang sama tetapi kategori perempuan bawah 15. Tempat ketiga jatuh kepada rumah sukan Delima!

“Penolong kelas kita! Tepuk Sya, tepuk!”

Seterusnya, naib johan jatuh kepada rumah sukan Ametis!

Alisya mengeluh sebelum berdiri bersama-sama tiga orang pelajar. Sara melambainya dengan ceria. Mereka berempat berjalan ke atas pentas.

Naib johan. Memang dia hampir betul dengan garisan penamat tetapi Hana dari Nilam berjaya melintasnya sekaligus menjadikannya naib johan.

Selesai menyarung medal, mereka menunggu johan untuk mengambik medal berdekatan podium untuk bergambar.

Johan jatuh kepada rumah sukan Nilam! Tepukan bergema.

Alisya memandang Hana yang tersenyum sambil mengambil medal. Baru dia perasan yang Nad pun ada sekali. Mungkin hari tu dia tak perasan kerana gementar sangat.

Di podium, salah seorang daripada setiap rumah sukan diminta berdiri di atas podium mengikut angka masing-masing. Hana wakil Nilam berdiri di tengah-tengah. Alisya dipaksa oleh peserta rumah Ametis yang lain untuk menjadi wakil berdiri di sebelah kanan. Maya dari Delima pula berdiri di sebelah kiri.

Baki peserta rumah Ametis berdiri di sebelah Alisya manakala baki peserta rumah Delima berdiri di sebelah Maya. Baki peserta rumah Nilam pula diminta duduk di hadapan peserta rumah Ametis dan Delima. Untuk menyeimbangkan gambar, salah seorang guru rumah sukan johan diminta menyertai pelajarnya.

Saranghae♡Where stories live. Discover now