TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan.
Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...
Kata-kata Layra terhenti tatkala melihat Dasha menangis di satu sudut bilik tidur gadis itu. Terus sahaja kakinya melangkah masuk dengan lebih pantas. Tubuh Dasha didekati.
"Dasha kau kenapa?Kenapa menangis ni?" Cemas dia bertanya. Tetapi dia hanya mendapat gelengan sahaja sebagai jawapan.
Layra berkerut risau. Dasha sakit ke?
"Dasha..."
"Teruk sangat ke aku ni Layra?Salah ke kalau aku nak cinta dia?"
Layra terdiam. Tahulah dia penyebab gadis itu menangis begini. Pasti kerana lelaki si pemilik nama Tengku Dayren Leo itu. Nafas ditarik dalam-dalam.
Kadang-kadang dia kesian dengan Dasha. Tapi dia tak dapat nafikan, Dasha terlalu buta untuk menilai Dayren. Lelaki setan itu tidak layak untuk Dasha. Tidak pernah layak.
"Sudahlah Dasha. Lupakan dia—"
"Ta...tak boleh. Aku dah cuba tapi ke...kenapa tak boleh?" Tersedu-sedan Dasha menyelar.
"Dasha jangan macam ni." Belakang tubuh Dasha, Layra gosok lembut. Cuba mengurangkan kesedihan yang membelenggu gadis itu.
Matanya terpaku pada satu bingkai gambar yang dipeluk oleh Dasha. Keluhan lemah dilepaskan. Gambar setan itu lagi! Bebola mata diputar ke atas. Meluar. Menyampah. Rimas dengan kehadiran Dayren.
Bagaimanalah Dasha boleh tergila-gilakan lelaki tak berguna macam itu. Bukannya dia tidak tahu sebenarnya lelaki itu mempunyai perempuan keliling pinggang meskipun sudah mempunyai Dahlia sebagai tunang.
Cuma Dayren pandai menyorokkan hal itu.
Wang akan diberikan kepada setiap perempuan yang menjadi teman wanitanya sebagai penutup mulut mereka. Dayren akan dilayan selayaknya oleh perempuan-perempuan itu.
Apabila sudah bosan, perempuan itu akan ditinggalkan begitu saja. Jika ada yang berkeras, dia akan terus hantar perempuan-perempuan tersebut ke tempat pelacuran.
Setan itu berkuasa, dia boleh lakukan apa saja. Termasuk menakluki apa yang dikehendaki. What he wants, he gets.
"Dayren, dengar cakap aku. Tak guna kau menangis macam ni sebab lelaki tu je. Move on Dasha!" Dia sedikit bertegas. Wajah Dasha yang sudah basah itu dikesatnya lembut.
"Sudahlah Layra. Aku penat..." Tubuh Layra ditolak lembut supaya menjauhinya.
Longlai saja langkahnya ke arah katil. Tubuh dihempaskan sebelum selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya. Berkelubung di dalam selimut merupakan satu cara untuk dia menenangkan diri.
Selesa.
"Dasha aku—"
"Leave me alone Layra. Please..."
"Okey, aku harap kau takkan lakukan sesuatu yang boleh buatkan kau menyesal seumur hidup kau. Aku keluar dulu." Layra sempat menitipkan pesanan terakhir sebelum dia melangkah keluar.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.