LEKA. Sejak dua hari yang lepas, fikiran Dayren sentiasa terganggu oleh bayangan Dasha. Bila mahu masuk tidur, wajah Dasha akan terlayar di ruang memori. Cuba mencari keberadaan Dasha di kolej tetapi tak jumpa.
Lupa! Dasha ada kata, gadis itu sudah bertukar tempat belajar. Semata-mata ingin menjauhkan diri daripadanya. Diam-diam, ada perasaan kurang senang bersarang di lubuk hati kecil Dayren.
Nak hubungi Dasha? Nombor telefon gadis itu pun dia tak ada. Dayren boleh je dapatkan maklumat Dasha secepatnya tetapi dia sengaja melambat-lambatkan.
Sengaja nak memberi 'kebebasan' sementara kepada Dasha. Dayren tak yakin dia mampu melepaskan Dasha begitu saja selepas malam 'hangat' mereka. Dayren tak pernah rasakan begini. Ini kali pertama.
"Dayren!"
Tersentak, Dayren terus menoleh. Berkerut-kerut keningnya tatkala bahu dia ditampar kasar. Menggaru kening, tangan Dahlia dicapai. Menghalang gadis itu daripada 'menggila'.
"You dengar ke tidak apa yang I cakap ni?!" Terbentak sikit Dahlia. Geram.
Dahlia perasan sejak dua menjak ini perangai Dayren sedikit berubah. Dayren sudah tidak melayannya sama seperti sebelum ini. Tapi Dahlia bukanlah seorang yang cepat melenting.
Jika ada apa-apa hal, Dahlia lebih suka berbincang secara baik. Cuma Dahlia kurang gemar dengan perangai Dayren yang suka berahsia. Kalau dia ada buat salah, tak boleh ke cakap? Ini tidak, diam aje.
"You cakap apa sayang? Sorry I mengelamun sikit." Kekura tangan Dahlia dibawa ke bibir.
Memang itu modal Dayren untuk menyejukkan bara dalam hati Dahlia. Dayren pandai 'menjual' kata-kata manis. Semua perempuan pasti akan 'terbeli', termasuklah Dahlia.
Dahlia yang tadinya panas hati, kini sudah turun suhunya. Menggigit bibir, dia tarik kembali tangannya. Bahu Dayren ditampar manja. Setiap perlakuan Dayren tak pernah gagal membuat hati Dahlia berbunga-bunga.
Mereka bercinta sejak di sekolah menengah lagi. Dahlia masih ingat, ketika itu waktu musim tengkujuh. Hujan turun mencurah-curah waktu itu.
Kebetulan pemandu peribadi keluarga Dahlia tak ada, jadi Dahlia terpaksa pulang sendiri. Menunggu sedetik demi sedetik hujan berhenti, Dahlia duduk di bangku stesen bas.
Buat pertama kali, Dahlia melihat Dayren, dia sudah jatuh hati. Ketika itu, Dayren datang membawa payung kepadanya. Tanpa sepatah kata, Dahlia terima saja. Tapi belum sempat Dahlia bersuara, Dayren terlebih dahulu melangkah pergi.
"Nah." Angkat wajah, Dahlia terkaku. Sepasang netra hijau zamrud itu menikam netra hitam gelapnya dalam-dalam. Kemudian, netranya jatuh memandang payung yang dihulurkan.
Tanpa teragak-agak, Dahlia sambut payung tersebut. Senyum sedikit, Dahlia selak anak rambut ke belakang telinga. "Terima—"
Terpinga-pinga Dahlia jadinya. Lelaki itu telah pergi tanpa sepatah kata. Tapi diam-diam bibir Dahlia melebar. Lewat ekor mata, dia lihat lelaki itu sudah masuk ke dalam perut kereta.
Dan detik itu, hati Dahlia sudah terpaut. Sejak itu, Dahlia diam-diam selalu mencari-cari keberadaan Dayren. Ternyata mereka bersekolah di tempat yang sama. Cuma selama ini Dahlia tidak pernah menyedari kewujudan lelaki itu.

YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomansaTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...