SUARA-SUARA sumbang orang di sekeliling tidak langsung mengganggu konsentrasi gadis itu untuk menyiapkan tugasannya. Jari-jemarinya yang sedang menari-nari di atas papan kekunci laptop itu semakin lincah bergerak.
Sesekali dia menghela nafas lemah. Lehernya yang terasa sengal dipicit lembut. Sudah lebih kurang tiga jam dia duduk di cafe kolej ini hanya untuk menyiapkan assignment.
Gara-gara tidak mahu menerima lamaran pensyarah mudanya untuk menjadi teman wanita kepada lelaki itu, dia telah diugut supaya menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang singkat.
Jika tidak, dia akan digagalkan untuk final test nanti.
Tak guna!
Dan bahananya dia harus menyiapkan segala tugasan yang diberikan itu pada hari ini juga. Dalam satu hari sahaja. Gila. Ianya memang kerja gila.
"Dasha!" Terhinjut sedikit bahunya dek impak sergahan tiba-tiba itu.
Jelingan tajam diberikan kepada seorang gadis yang tersenyum-senyum seperti kerang busuk, memandangnya dengan sengihan tidak bersalah. Nafas dihembus panjang-panjang.
Tanpa menghiraukan gadis itu, matanya kembali tertancap pada skrin komputer riba. Sesekali juntaian anak rambut di dahi, dia selak memaparkan dahi licinnya tanpa sebarang alat solek.
"Dasha dahlah tu. Stres aku tengok kau duduk sini sejak tiga jam yang lepas lagi tau tak." Layra mencebik apabila kata-katanya tidak dihiraukan, malah dia hanya mendapat jelingan tajam saja.
"Kau nak aku gagal lagi ke? Ni semua sebab Sir Rayyan tak guna tu! Tak habis-habis nak ugut aku. Benci betullah!" Tangan dihentak pada meja kaca itu. Bersama dengusan kasar.
"Wahai cik Dasha Arlunaku sayang, aku dah ingatkan kau sebelum ni kan. Kau ikut je cakap Sir Rayyan tu. Tapi kau tak nak dengar!"
"Layra...boleh tak kau bagi idea yang bijak sikit. Memang taklah aku nak jadi teman wanita dia. Kalau Le—"
"Kalau Leo kau tu yang ajak jadi teman wanita dia barulah kau nak kan?" Layra menjongket kening. Menduga Dasha.
Sudah tahu apa yang bermain di fikiran Dasha Arluna itu.
"Semestinya..." Dasha tersengih sendiri. Membayangkan si pujaan hati itu ada di hadapannya tika ini.
"Stop dreaming Dasha. Berapa lama lagi kau nak terhegeh-hegeh dekat dia huh? Dia tak suka kau! So move on jelah. Dayren tu dah ada tunanglah Dasha..." Wajah diraup lembut.
"Kisah apa aku dia ada tunang ke tidak." Bahu diangkat selamba. Rambutnya yang separas bahu itu dilurut lembut.
"Dasha kau tahu tak yang kau ni cantik. Ramai lagi lelaki lain yang terhegehkan kau tapi kau tolak mentah-mentah macam tu je. Semuanya sebab Dayren tu!" Layra mengeluh panjang.
Nafas dihela lemah. Sudah berbuih mulutnya menasihati Dasha namun ianya ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Degil! Saban hari, perangai Dasha semakin menjadi-jadi.
"Aku tak boleh paksa hati aku untuk terima lelaki lain. Aku nak Leo, kau faham tak Layra!" Dasha mula membentak.
Tidak suka apabila gadis itu selalu menasihatinya untuk mencari lelaki lain. Dia tidak suka, takkan mahu paksa pula. Lagipula lelaki itu baru bertunang, bukannya berkahwin pun.
Jadi salah ke dia mencuba?
"Tapi dia dah ada tunang. Kau kenal kan siapa tunang dia?"
"Siapa? Si Dahlia tu? So what..."
YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomanceTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...