BPS 7

37.3K 2K 201
                                    

MENGERUTKAN kening, bibir membuang keluh berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MENGERUTKAN kening, bibir membuang keluh berat. Nafas dihembus dalam-dalam sebelum jemarinya menekan-nekan skrin telefon. Butang send ditekan.

Hairan. Aneh. Bagaimana Dahlia boleh mendapatkan nombor telefon dia? Sedangkan dia sudah menukar nombor.

Dasha menggeleng. Benda itu tidak penting. Yang pentingnya atas sebab apa Dahlia mengajaknya untuk berjumpa. Lama dia berfikir, tak juga jumpa idea.

Beberapa detik selepas itu, telefonnya sekali lagi berdenting. Sekali lagi dia membaca mesej yang dihantar oleh Dahlia. Kali ini hati dia berkira-kira, nak atau tidak?

Kata Dahlia, ada perkara penting yang gadis itu ingin bincangkan. Dasha berfikir-fikir dulu. Perlukah dia bersetuju? Tapi jika ada Dahlia, sudah tentu Dayren juga ada.

Dasha masih tidak kuat untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Lelaki yang melayannya bagai pelacur. Jika pelacur akan dibayar tetapi serasanya nilai Dasha lebih rendah daripada itu.

Please? I nak jumpa kejap je- Dahlia.

Dasha ketap bibir rapat-rapat sebelum membalas.

Fine! Tapi pastikan tunang awak tak ada sekali- Dasha.

Itu kata putus Dasha. Ingin sekali dia menjerit kepada dunia betapa rasa sukarnya Dasha untuk bernafas. Sesak. Lelah. Dasha sudah tidak kuat untuk menanggung.

Air mata yang bergenang di tubir mata, Dasha seka kasar. Tanpa menunggu lama, Dasha turun daripada katil. Mungkin ini kali yang terakhir. Hari terakhir. Jam terakhir. Minit terakhir. Saat terakhir. Detik terakhir untuk dia tamatkan semua ini.

"Kau nak ke mana ni?" Layra yang kebetulan melintasi bilik Dasha, menyoal hairan.

"Erm aku nak jumpa Dahlia..." Dasha sengih kecil tatkala mata Layra menyepet. Lengan Layra dipeluk erat.

Tahu yang Layra kurang berkenan jika dia masih ada hubungan rapat dengan sesiapa saja yang berkait dengan Dayren. Tapi kali ini dia bukan bertemu Dahlia untuk Dayren. Tapi untuk dirinya sendiri.

"Kau jangan risaulah. Aku dah pesan dekat Dahlia supaya tak bawa Leo sekali," beritahunya jujur. Lengan Layra ditepuk.

Mendengarkan itu, hati Layra yang tadinya gusar, kini kembali tenang. Lega sikit hati dia. "Kau nak aku teman tak?" pelawanya.

Dasha menggeleng. "Tak apa. Aku boleh pergi sendiri. Kejap je. Dekat-dekat kawasan sini je." Tali beg silang yang sedikit melurut ke lengan, ditarik semula.

Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now