"Hey sayang..."
Dasha ketap bibir rapat-rapat. Wajah dipalingkan ke arah lain. Tidak sudi untuk memandang wajah lelaki itu. Lelaki yang sebelum ini dia puja, kini hanya meninggalkan luka.
Tengku Dayren Leo.
Dasha hairan. Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini? Pada waktu ini?
Bahu Layra diramas sedikit kuat. Berkerut, Layra turut memalingkan wajah ke belakang. Buntang mata, Layra sedikit terngadah. Tak sangka mereka akan bertemu lagi dengan lelaki syaitan ini.
"Kenapa pucat sangat muka tu? Tak sangka aku ada dekat sini? Atau kau terlalu rindukan aku...hm?" Dayren pegang tangan Dasha. Digenggam sedikit kuat.
Noda-noda kerut di dahi Dasha sudah menjelaskan bahawa kehadiran Dayren amat tidak disenangi. Lelaki itu ketawa perlahan. Sinis. Hampir tidak kedengaran.
Lucu. Dayren suka melihat reaksi Dasha. Gadis itu melihatnya seolah-olah baru menonton filem seram. Wajah memucat, bibir mengeras, tubuh menegang.
Sebetulnya kehadiran Dayren di sini, pada hari ini, juga pada waktu ini memang sudah dirancang. Dayren sudah mengetahui keberadaan Dasha sejak seminggu selepas gadis itu tiba-tiba menghilangkan diri.
Sudah dua hari Dayren berada di Langkawi. Dayren sengaja membawa Dahlia datang ke sini atas alasan ingin bercuti. Walhal yang sebetulnya Dayren datang untuk mencari Dasha.
Dasha dapat rasakan suhu atmosfera naik, hangat dan tegang. Mungkin disebabkan bara 'neraka' yang dibawa oleh lelaki syaitan itu barangkali.
Tangan yang dicengkam Dayren, Dasha rentap kasar. Renungan tajam netra hijau zamrud itu, Dasha abaikan lalu dia mengundur beberapa langkah ke belakang. 'Menyorok' di sebalik tubuh Layra.
Melihatkan tindakan Dasha, Dayren jadi naik bengang.
'Sekarang kau nak jauhkan diri daripada aku pula? Wah.' Ketawa sinis, Dayren mencengkam kembali tangan Dasha. Ditarik tubuh gadis itu ke arahnya.
Tidak sempat Layra bertindak, tubuh Dasha sudah berada di dalam dakapan Dayren. Lelaki itu menghidu tubuh Dasha semahunya. Tatapan aneh daripada pelanggan yang turut berada di dalam restoran itu, Dayren hiraukan.
"Le...lepas!"
Sudut bibir Dayren terjungkit sinis.
"I miss you baby..." Suaranya memberat. Dan seakan menggoda. Bernada sensual.
Dasha pejam mata rapat-rapat. Dengan sekali tolakan, tubuh Dayren berjaya dijauhkan. Turun naik dadanya, bergelora ganas. Rasa amarah terasa mendesak-desak untuk dilepaskan.
Tapi Dasha sedar, untuk apa dia lepaskan kemarahan itu kepada Dayren? Tiada guna. Dayren takkan pernah menghiraukan hal-hal 'remeh' seperti itu.
Rasanya bukan Dasha seorang yang pernah 'menyuburkan' benih Dayren. Jadi untuk apa lelaki itu hiraukan dia?
"Where do you think you are going, Luna?" Sekali lagi tangan Dasha ditarik. Dan kali ini siap dengan pakej usapan lembut sekali.
Luna. Hanya Dayren yang memanggil Dasha begitu. Luna yang hanya untuk Leo. Dan Dayren untuk Dahlia. Bukankah itu sudah cukup adil?
"Le...let me go!"
"Sebelum ni kau yang nak aku, bila dah dapat kau nak 'buang' aku jauh-jauh macam itu aje? You have to pay the consequences..." Jemari halus Dasha, Dayren ramas.
Bibir Dasha terkunci. Kelu. Mengeras. Tidak mampu untuk berbicara hatta mengeluarkan sebarang bunyi. Kata-kata Dayren itu membuatkan dia rasa terhempap.
![](https://img.wattpad.com/cover/208470711-288-k437491.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomansaTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...