TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan.
Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...
KHUATIR. Mata merenung kalendar tanpa henti. Lama. Berkerut-kerut keningnya. Merasakan ada perasaan nanar berkumpul di lubuk hati, Dasha gigit bibir. Terasa sesak dadanya.
Haid dia sudah lewat dua minggu. Suhu hujung jemarinya mulai menurun. Dingin.
"Ya Allah..." Mata dipejam rapat-rapat. Benar-benar berharap agar apa yang difikirkannya tidak menjadi kenyataan.
"Dasha jom."
Dasha menoleh. Senyuman lemah diukir meskipun kelihatan kelat sekali. Digagahkan diri untuk bangkit. Tubuhnya terasa lemah. Longlai sejak kebelakangan ini.
"Kau boleh jalan tak ni?" soal Layra prihatin.
Bibir pucatnya merekah membentuk senyuman nipis kepada Layra. Perlahan-lahan Dasha mengangguk kecil. Lengan Layra dicapai sebagai tempatnya untuk berpaut.
"Jom," ajaknya perlahan.
Layra mengangguk. Pinggang Dasha dirangkul. Membantu temannya itu untuk berjalan. Layra tak mahu berfikiran negatif tentang keadaan Dasha tetapi melihatkan perubahan Dasha, Layra takut.
Takut jika apa yang bermain di fikiran, menjadi kenyataan di dunia nyata. Jika hal itu berlaku, Layra tak pasti sama ada Dasha mampu menerima atau tidak.
Sudah sebulan Layra membawa Dasha ke luar negeri. Pulau Langkawi. Mereka menginap di hostel milik keluarga Layra di sini untuk sementara waktu.
Takut-takut Dayren akan mencari Dasha, Layra terpaksa 'mengurung' Dasha di sini.
Ada beberapa hal lagi yang perlu diuruskan sebelum Layra menghantar Dasha jauh dari Malaysia. Sementara itu, sengaja Layra membawa Dasha bercuti di sini. Sekurang-kurangnya Dasha akan jauh daripada Dayren.
"Hati-hati Dasha..." Layra memaut kuat pinggang Dasha apabila kaki gadis itu nyaris tergelincir ketika sedang menuruni anak tangga. Dasha itu senyum nipis seraya mengangguk.
"Terima kasih..." Lemah suara itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"TAHNIAH,mengikut hasil pemeriksaan saya tadi, puan bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi."
Dugh!
Ternyata apa yang ditakutkan, kini menjadi kenyataan. Dasha kaku. Tubuhnya mengeras. Dadanya seakan ditusuk dengan sesuatu. Punah. Hancur. Berkecai hati dia tatkala mendengarkan itu.