BPS 3

39.3K 1.9K 180
                                    


SEPERTI yang dijanjikan, tepat jam 8 malam Dayren sudahpun menunggu Dasha di depan rumah sewa teres gadis itu. Pada awalnya, Dasha berkeras tidak mahu pergi tetapi disebabkan Dayren ugut mahu buat kecoh di kawasan perumahannya, terpaksalah dia akur.

Kegelapan malam disimbahi cahaya bulan. Diterangi oleh gemerlapan bintang-bintang di dada langit gelap. Kedinginan malam terasa mendamaikan sanubari manusia sejagat.

Keheningan suasana menemani keindahan malam. Bunyi alunan cengkerik memenuhi ruang sekeliling jalan. Membawa satu rasa aneh dalam diri seorang gadis yang terpinga-pinga sedari tadi lagi.

Sesekali bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum tertancap lurus ke hadapan semula. Dan itulah apa yang berlaku kepada Dasha sejak lebih 20 minit yang lepas.

Bibir digigit resah. Nanar hatinya tatkala memandang kawasan yang dilalui mereka. Kiri dan kanan hutan. Kereta pula hanya dua, tiga buah saja yang melalui kawasan ini.

Dasha hairan. Ke mana Dayren mahu membawanya? Lelaki itu nak bunuh dia ke? Dasha mengeleng laju-laju. Tak. Tak mungkin. Dia tak ada buat salah apa pun.

"Bila nak sampai ni?" soal Dasha gusar.

Dayren jungkit bahu. Diam-diam, dia sembunyi ketawa. Lucu. Kelakar. Dasha terlihat sangat terdesak untuk mendapatkan jawapan itu. Makin membara jiwa setannya untuk 'mengusik' Dasha.

"Teruja ya nak luangkan masa bersama aku? Don't worry. Kita ada banyak masa malam ni. Tonight will be a long night for us." Ada sengihan sinis di hujung bicara.

Kereta yang meluncur laju, sengaja dia tambahkan kelajuan setelah merasakan Dasha tidak 'sabar' untuk menghabiskan malam mereka ini. Perlahan, jemari Dayren mengelus paha Dasha. Nakal.

Tubuh Dasha mengeras. Sentuhan tiba-tiba itu membuatkan Dasha tidak bersedia. Memegang tali beg tangan kuat-kuat, Dasha ketap bibir. Dasha tidak semurah ini. Yang boleh disentuh sesuka hati.

Mengerling sekilas Dayren di sebelah, Dasha terus tepis kasar tangan lelaki itu. Dayren pula sekadar senyum. Bukan senyum biasa. Senyum sinis. Setan mana pernah ada akal yang baik, bukan?

'Jual mahal. Aku nak tengok kejap lagi mampu ke kau tolak sentuhan aku...'

20 minit selepas itu, Dayren menghentikan Nissan GTR R35 miliknya setelah memasuki pekarangan banglo tiga tingkat itu. Rumah ini begitu unik. Terletak di tengah-tengah kawasan hutan, jauh daripada penduduk lain.

"Turunlah. Tunggu apa lagi?" Kali ini suara Dayren berubah keras. Kasar dan tidak berperasaan seperti selalu.

Ini Tengku Dayren Leo yang Dasha kenal. Kalut-kalut Dasha turun daripada perut kereta Nissan itu. Netranya tidak henti meliar, melihat setiap pelusuk hamparan banglo tiga tingkat itu. Tipikal rumah orang kaya.

"Ni rumah siapa?" Gugup. Rentak jantung Dasha tidak beritma. Laju berdentam-dentum seperti baru selesai menamatkan larian.

Entah kenapa Dasha jadi tidak sedap hati.

Dasha menggeleng perlahan tetapi lama-kelamaan gelengannya menjadi laju. Berundur setapak demi setapak, Dasha berura-ura untuk berlari masuk ke dalam kereta semula.

Tetapi tindakannya terhenti tatkala Dayren cekap menarik tangannya supaya melangkah masuk ke dalam banglo tersebut. Meskipun sudah mengeraskan tubuh, Dayren masih ada kekuatan untuk 'mengheretnya' masuk.

"Leo, saya tak nak..." Dasha menggeleng laju.

"Masuklah, ni rumah aku," kata Dayren senada. Tangan Dasha masih tidak dilepaskan. Menarik gadis itu ke ruang tamu, dia paksa Dasha supaya duduk ke atas sofa.

Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now