ISTANBUL SABIHA GÖKÇEN INTERNATIONAL AIRPORT.
"HATI-HATI sayang. Dengar cakap mama tau, jangan nakal-nakal." Peringat Hani kepada Dhia. Kepala kanak-kanak itu digosok lembut.
Dhia angguk tanpa suara. Beruang patung dipeluknya erat. Sesekali dia bermain agah-agah dengan Ayden dan Ayyan.
"Jaga mama dekat sana tau. Kalau ada orang buli mama, you must protect her okay?" ujar Hani lagi.
"Of course mummy. Dhia tak akan benarkan sesiapapun berani buli mama..." Dhia senyum lebar, memaparkan barisan gigi putih ratanya.
"Good girl..."
Dasha diam. Sekadar memandang tanpa suara. Resah, gelisah. Debaran menghentam-hentam dada tanpa henti. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi lakaran hidupku.
"Are you okay Dasha?"
"Yeah, I'm okay...maybe," balas Dasha kurang yakin.
"Akak tak yakin awak okey."
Bukan Hani tidak tahu sejak semalam lagi Dasha nampak tidak tentu arah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Bukan jatuh cinta. Tapi jatuh dalam memori lama.
Diam-diam Hani tahu Dasha banyak sangat memendam. Terlalu banyak sehinggakan dia nampak benda itu.
"Bincang elok-elok dengan maklong awak. Akak yakin dia akan okey. Mungkin masa tu dia dikawal rasa marah dan sedih bila kehilangan arwah ibu Dasha. Pujuk dia, cuba berbaik dengan dia. Kalau ada apa-apa nanti call akak ya?" Bahu Dasha diusap. Beri sedikit kekuatan.
Dasha angguk perlahan. Jemari mencengkam tali beg tangan kuat-kuat.
Sejujurnya Dasha masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Darsiah. Masih ada rasa trauma dengan kejadian dulu. Risau jika wanita itu akan membuangnya buat kali kedua.
Enam tahun lepas...
Merupakan satu detik yang paling Dasha tidak mahu ingati lagi. Detik-detik di mana Dasha diisytiharkan 'muflis'. Musflis dek kerana kehilangan 'harta' yang paling berharga.
Ibu, baba, adik...
'Ya Allah, banyak sungguh dosa-dosa yang aku telah lakukan.' rintihnya di dalam hati.
"Dasha tu pengumuman flight awak."
Sedikit tersentak daripada lamunan, bahu Dasha terhinggut sedikit. Terkedip-kedip polos matanya. Anak mata Hani dicari. Tak tahu bila lagi dia akan kembali ke tanah Turki ini.
Banyak perkara yang Dasha perlu uruskan di Malaysia. Terlampau banyak.
"Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab sudi terima Dasha untuk jadi keluarga akak. Segala kebaikan akak hanya Allah je yang mampu balas." Ada satu butir cecair jernih timbul di tubir mata Dasha.
YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomanceTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...