BPS 15

40.9K 2K 124
                                    



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








TERMENUNG panjang, Dasha tersentak tatkala bahunya dirangkul dari belakang. Stok kain yang baru sampai, Dasha renung kosong. Sekosong hatinya saat ini.

"Banyak keluh kau hari ni. Ada masalah apa?" Layra jungkit kening. Bahu Dasha ditepuk-tepuk.

Hairan apabila tidak mendapat balasan, Layra henyak punggung berhadapan dengan Dasha. Kedua-dua belah bahu wanita itu dipegang. Ditarik supaya menghadapnya.

"Kau kenapa ni?"

Geleng kepala, Dasha tepis perlahan tangan Layra daripada bahunya. Dasha menyambung kembali kerja yang tergendala. Benar, hari ini Dasha banyak mengelamun.

Tak tahu fikir fasal apa. Yang pastinya Dasha nampak tidak fokus hari ini.

"Ada apa-apa ke berlaku semalam?" soal Layra berbaur curiga.

Semalam sewaktu pulang dari rumah keluarga Dayren, Dasha nampak biasa saja. Tidak pula nampak tertekan.

Syukur semuanya berjalan lancar.

Kata Dasha, semalam Dayren tidak ada mengganggu wanita itu pun. Sedikit sebanyak Layra mampu mengeluh lega. Syukurlah jika Dayren tidak buat perangai gila di depan keluarga lelaki itu sendiri.

Dasha geleng lagi.

"Habis tu?" Berkerut-kerut kening Layra.

"Erm semalam, aku tengok Leo tu lain macam je."

"Lain macam? Macam mana maksud kau?"

Dasha mengeluh. Menikam anak mata Layra dalam-dalam, Dasha pegang wajah gadis itu. Kening Dasha turut berkerut-kerut. Tak tahulah kenapa dia rasa begini.

Rasa hairan dan tertanya-tanya.

"Semalam Leo senyum dekat aku!" ujar Dasha separuh berbisik. Tidak mahu sesiapa dengar meskipun memang hanya mereka berdua saja di situ. Manis pula ada di depan.

"Dia senyum dekat kau. Okay so apa masalahnya? Macamlah dia tak pernah senyum sebelum ni. Senyum setan dia tu aku kenal sangat dah," balas Layra meluat. Terjuih-juih bibirnya.

"Tak, tak! Aku yakin senyuman dia lain sangat semalam. Dia seakan-akan orang lain...pandangan dia, ya! Pandangan dia pun lain. Pandangan dia tak setajam selalu. Dia cuma pandang aku biasa je..."

Layra tepuk dahi. Tapak tangan diletakkan ke dahi Dasha. Merepek betul Dasha ni. Demam kuat sangat ke apa?

"Kau demam ke? Dah makan ubat? Atau terlebih makan ubat?" Layra jungkit kening.

"Ishh aku serius ni." Dasha pukul bahu Layra main-main.

Terhambur tawa Layra. Beralih tempat ke sisi Dasha, Layra rangkul bahu wanita itu. Kepala digeleng perlahan. Sama ada benda itu betul atau tidak keputusan Layra tetap sama.

Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now