TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan.
Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"MAKLONG..."
Bibir Dasha terbuka kecil. Perlahan kaki yang terasa melumpuh, Dasha gagahkan untuk melangkah ke arah Darsiah yang kini terkaku di atas kerusi roda. Mata Dasha menikam wajah Damiah yang menolak kerusi roda Darsiah sebelum jatuh pada kaki maklongnya yang sudah tiada sebelah.
Dengan gerakan perlahan, Dasha melutut di hadapan Darsiah. Anak mata wanita itu dicari. Dasha tikam dalam-dalam anak mata Darsiah. Seraut wajah Darsiah yang sudah lama Dasha amat rindukan.
"Mak...Maklong sihat?" Bergetar suara Dasha tatkala tangan Darsiah sudah naik, hampir melekap ke pipinya. Dasha pejam mata rapat-rapat. Fikirnya maklong mahu menampar tetapi sebaliknya wanita itu menarik tubuh dia untuk dipeluk.
Tanpa dapat ditahan, tangisan Dasha terhambur. Jujur Dasha katakan, dia amat rindukan maklong. Pelukan maklong, Dasha balas kuat-kuat, erat-erat biar tidak terlepas lagi. Bahunya terhinggut-hinggut.
"Maafkan Dasha maklong. Dasha minta ampun..." Lirih. Nada Dasha bergetar maha hebat.
Sangka Dasha, maklong tidak sudi untuk memeluknya lagi. Sangka Dasha, wanita itu tidak sudi memandang wajah jijik Dasha ini. Tapi telahannya salah. Malah, wanita itu pula yang beria-ia memeluknya.
"Maafkan Dasha. Jangan buang Dasha lagi. Dasha tak ada sesiapa selain maklong dan makngah..." rintihnya lagi. Sangka Dasha, air mata tidak akan tumpah lagi. Namun berkali-kali dia seka, berkali-kali ganda cecair jernih itu tumpah.
Darsiah pula, mulut wanita itu bagai dijahit. Bibir tidak tahu mahu kata apa. Sebelum Dasha ada di depan mata, Darsiahlah yang paling terdesak untuk berjumpa anak saudaranya itu. Bila sudah ada di depan mata, hatinya jatuh luluh.
Luluh berkali-kali mendengar rintihan Dasha. Hatinya bagai disiat-siat. Aku ke yang sanggup buang anak saudara aku sendiri? Ya Allah! Darsiah jadi malu untuk pandang Dasha.
"Maklong..."
"Maafkan maafkan maklong. Maklong menyesal. Menyesal sangat-sangat sebab tak pernah beri kamu peluang untuk bela diri. Ke...kenapa pergi? Kenapa tak nak balik?" Suara Darsiah turut bergetar. Jemarinya yang menggigil, menyentuh mata Dasha yang sudah lencun.
"Maklong buang Dasha...Dasha takut. Sebab tu Dasha tak balik...Dasha tahu maklong bencikan Dasha. Dasha yang salah. Dasha anak tak berguna...Dasha perempuan jijik."
"Allah..." Darsiah pejam mata rapat-rapat. Telinga cuba ditutup daripada mendengar suara Dasha. Tatkala itu, bayangan memori ketika enam tahun lepas sewaktu dia 'membuang' Dasha jauh-jauh terlayar di ruang ingatan.
"Maklong tak bermaksud sayang...Tak, Dasha tak jijik. Anak saudara maklong ni tak jijik sayang, Allahuakhbar..." Tubuh Dasha dipeluk erat-erat lagi. Tak puas dengan itu, dahi Dasha dicium berkali-kali.