BPS 12

36.9K 2.1K 96
                                    



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





SENYUM lebar, Dasha terus peluk tubuh Layra erat-erat. Tubuh Layra digoyang-goyang teruja. Gembira. Senang hati. Memang ini yang Dasha ingin lakukan sangat-sangat. Sudah lama tidak berjumpa Layra. Dasha jadi rindu.

"Aaaa rindunya kau!" Layra juga apa kurangnya. Teramat merindui sang pemilik nama Dasha Arluna ini. 

Pelukan dilonggarkan. Kedua-dua belah bahu Dasha dipegang lalu dipusing-pusingkan. Dasha nampak lain...

"Cantiknya kau..." Meleret-leret suara Layra.

Meledak tawa Dasha. Pandai Layra membodek dia. Dengan kesempatan yang ada, Dasha tepuk perlahan bahu Layra. Dasha tersipu-sipu malu. Bahu Layra disenggol.

"Kau lagi cantik..." jujur Dasha. Tidak mahu memanjangkan topik itu, Dasha tarik tangan Layra untuk duduk. Mata Dasha mengitari ruang butik Layra.

Sejak tiga tahun yang lepas, Layra berjaya membuka sebuah butik pengantin. Saat ini, banyak juga cawangan butik Layra tersebar di mana-mana. Diam-diam, Dasha jadi kagum dengan Layra. 

Dasha pula saat ini masih belum mendapat pekerjaan tetap di Malaysia. Disebabkan itu, Layra menawar Dasha untuk membantu gadis itu di butik ini.  Itu tujuan Dasha bertandang ke sini hari ini. Dhia pula ditinggalkan bersama maklong dan makngah. Mujur Dhia tidak banyak kerenah.

Sedikit hanyut dibuai waktu, Dasha tersentak saat tangannya disentuh. Anak mata lurus menikam wajah Layra yang tersenyum. Terangkat kening Dasha saat Layra mengedipkan kelopak mata berkali-kali. Persis anak kucing.

"Kau dah ready nak kerja dengan aku?"

Dasha terdiam sebentar. Masih berkira-kira. Hela nafas panjang-panjang, Dasha angguk sekali. Kekura tangan Layra ditepuk. 

"Dah, tapi aku nak kerja yang bahagian belakang tau. Tak selesalah kalau perlu jumpa orang..." jawab Dasha perlahan.

Layra ketawa kecil. Dia memang sudah maklum akan hal itu. Dasha mahu kerja di bahagian stor. Tapi Layra tidak sampai hati. Lantaran itu, Layra menyuruh Dasha mengira stok-stok kain yang baru masuk. Mujur Dasha bersetuju.

"Ah ya kejap lagi aku ada appointment dengan customer. kau teman eh? kali ni je...sebab Manis tak berapa sihat. Dia ambil MC hari ni." 

Manis atau nama sebenarnya Man. Lelaki lembut itu sudah menjadi pembantu peribadi sekaligus rakan kongsi Layra untuk dua tahun. Layra suka hasil kerja Manis. Cekap dan kemas. 

"Ermm okey..." Macam tak yakin je jawapan Dasha. Separuh tidak rela.

"Kalau tak boleh tak apa, nanti aku—"

"Boleh! Boleh! hehehe..." potong Dasha laju-laju. Tidak mahu mengecewakan Layra. Layra sudah banyak membantu dia. Takkan bila Layra minta tolong begini, Dasha tak boleh tunaikan kot.

Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now