MELEMPAR pandangan pada Manis yang sibuk menyusun stok-stok kain fabrik yang baru sampai, tersenyum sedikit Dasha. Kepala tergeleng perlahan. Manis tengah buat kerja pun boleh mengomel benda yang entah apa-apa.
"Ish tak guna punya jantan. Harap je muka kacak tapi perangai serupa malaun!" Omel Manis seorang diri. Tapi tangan masih ligat membuat kerja.
"Apa yang awak bebelkan tu Man?"
"Ni lagi sorang! Nama I Manis. Bukan Man!" Manis hempas kotak di tangan ke lantai. Masam wajah, memuncung ke depan bibir.
Dasha garu kening. Aduhai, salah cakap. Nampak mood Manis macam tak berapa baik. Period ke? Tapi takkan jantan ni period pula kot? Terbalik kejadian ni.
"Yalah-yalah Manis..." Layankan saja.
Manis yang tadinya bercangkung kini terus bersila di bawah. Kain bulu berwarna merah jambu di leher, dijadikan kain untuk mengelap wajah yang sedikit berpeluh. Panas cuaca hari ini.
Dasha sekadar pandang tanpa suara. Mengabaikan Manis lalu mata kembali jatuh pada helaian putih polos di atas meja. Meraih sebatang pensil dan menekan mata pensil tersebut pada permukaan kertas.
Melakar sesuatu tanpa sedar. Leka. Dasha leka dalam angan-angan sendiri. Tidak sedar Manis sudah pun berlarian ke arah tandas. Tak tahan nak buang air. 'Paip' bocor.
Senyum sedikit, nafas dihembus berat.
"Cantik."
Kaku. Mengeras tubuh Dasha tatkala suara berat itu membelai pendengaran. Angkat wajah, makin melumpuh seluruh saraf Dasha. Buntang sedikit mata.
Tidak menunggu lama, Dasha terus bangkit. Menjarakkan sedikit tubuh lalu cepat-cepat menutup sketchbook yang digunakannya tadi. Ada banyak hasil lakaran dia.
Menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar slek yang dipakai, Dayren ukir senyum senget. Kening terangkat tatkala melihat Dasha makin berundur. Tak tahu atas alasan apa.
Tetapi Dayren amat menyukai pemandangan di depan mata sekarang ini. Suka melihat ketakutan dalam setiap tingkah Dasha tatkala berdepan dengannya.
Buat Dayren makin merasakan peluang untuk dia mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi hak milik dia, hanya berjarak selangkah. Bila waktu itu tiba, tahulah Dayren mahu buat apa.
"Ada urusan apa tengku datang sini?" soal Dasha terus. Tak ada kias-kias. Buang masa saja. Bukan dia tak tahu tujuan Dayren datang ke sini. Melihat senyuman penuh muslihat lelaki itu saja Dasha sudah tahu.
"Aik? Takkan I tak boleh datang sini kot? Ini ke cara you layan customer? Siapa bos you, cuba panggil kejap. Tak sangka pula pekerja bawahan dia ni biadap sangat."
Hela nafas kasar, Dasha sudah berura-ura buka langkah. Tak mahu berlama-lama dengan lelaki sewel itu. Makin lama di situ, makin panas hati. Tambahan pula, senyuman senget lelaki itu seolah-olah sedang memerli Dasha.
"Kau terima lamaran Thaqif?"
Terhenti di posisi membelakangi Dayren. Mati langkah. Tak tahu kenapa, tetapi detak jantung Dasha laju tiada ritma tatkala nama itu meluncur keras daripada mulut Dayren. Tertelan-telan liur sendiri.
Sementara Dayren pula beriak tanpa perasaan. Tegang wajah. Pejam mata buat beberapa tika, kaki makin maju ke depan. Menghabiskan sisa jarak. Biar mereka makin rapat.
Sambil berpeluk tubuh, Dayren masih setia menantikan jawapan Dasha. Namun hampa. Wanita itu sekadar kaku tanpa suara. Hanya hening mengulit suasana. Buat Dayren makin berbahang seluruh tubuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/208470711-288-k437491.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
RomantizmTENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pe...