🖋️PROLOG

20.3K 488 50
                                    

Amsterdam, 14.30 PM

Hana merenung jauh ke luar jendela. Cuaca yang dingin langsung tidak membuatkan dia rasa sejuk kerana dia selesa begitu. Sengaja membiarkan diri berada dalam kedinginan.

Lamunannya terganggu apabila menyedari kehadiran seseorang di situ.

"Dato' Mustafa sedang kritikal sekarang, Hana."

Hana memandang Cindy.

"Nampaknya masa untuk kita balik ke Malaysia dah tiba." gumam Hana perlahan. Mata dipejam rapat menikmati kepekatan malam yang tenang dan sunyi.

Mengumpul segala kekuatan untuk menghadapi apa yang bakal terjadi nanti.

Lelah! Dia penat untuk terus bersembunyi lagi. Kali ini dia sudah nekad

"I akan buat persiapan yang patut. Ini serba sedikit maklumat terbaru tentang apa yang you minta dekat i." ujar Cindy.

Dia sudah lama menjadi pembantu peribadi kepada Hana. Dia tahu jatuh bangun wanita di hadapannya. Dia tahu apa yang Hana terpaksa lalui untuk menjadi seperti sekarang.

Jauh beza sangat dengan Hana yang dia kenal dulu dan sekarang.

"Okey. Terima kasih, Cindy. I owe you." kata Hana dengan senyuman manis namun hanya dia tahu betapa palsunya senyumannya itu.

"No biggie. I'm your assistant after all. I keluar dulu." balas Cindy tanpa banyak soal, meninggalkan Hana untuk bersendirian.

Hana mendongak ke langit. Kelam dan gelap umpama hatinya tika ini.

Bersediakah dia? Ya, dia sudah lama bersedia!

Setelah bertahun-tahun meninggalkan bumi Malaysia yang memahat seribu kenangan kepadanya. Dia tahu, cepat atau lambat. Dia akan kembali juga ke sana kerana dia masih punya tanggungjawab yang perlu dia laksanakan.

Dia punya hutang yang perlu dituntut, hela berat dilepaskan bersama dengan 1001 perasaan yang menghuni hatinya. Bibir diketap kuat tatkala apa yang berlaku kepadanya selama berberapa tahun lepas terimbas umpama pita rakaman.

Hutang nyawa dibayar nyawa!

Dokumen yang diberikan oleh Cindy kembali dibaca penuh khusyuk tanpa meninggalkan satu pun maklumat waima sebaris.

Senyum sinis terukir saat membaca isi maklumat yang dia terima.

Games on!

🍀🍀🍀

Airpods dipakai sebaik sahaja kapal terbang yang dia naiki berlepas. Cindy disebelah sudah bersedia untuk tidur maklumlah perjalanan mereka akan memakan masa berjam-jam lamanya manakala suara pramugari membuat beberapa pengumaman penting sayup-sayup kedengaran.

Malas untuk mengambil perhatian dengan apa yang berlaku disekelilingnya, Hana memilih untuk melemparkan pandangan di luar jendela.

Gelap! Tiada apa yang dia nampak di luar. Jauh dia termenung, dalam hati pelbagai persoalan bertandang. Tanpa sedar dia larut ke dalam memori dahulu.

6 Tahun yang lalu..

" Saya Murad Bin Hasan, merangkap peguam peribadi arwah Tan Sri Yazid dan juga Puan Sri Intan. Terlebih dahulu saya mahu memaklumkan bahawa ketika wasiat ini ditulis, Tan Sri Yazid dan juga Puan Sri Intan dalam keadaan waras serta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tiada unsur paksaan ke atas mereka berdua." kata Encik Murad membuka kata.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now