"Aku tak sangka kau datang. Aku ingat kau dah lupa birthday aku." ujar Sufi dengan teruja. Memang betul yang dia menantikan Hana dan dia sedikit kecewa apabila tiada panggilan mahupun pesanan daripada Hana.
Hana hanya tersenyum kelat. Menutup rasa janggal dan bersalah kerana dia memang terlupa pun.
"Lain tengok Hana sekarang, makin cantik." celah Puan Norlela.
"Biasa je mak cik eh ibu." jawab Hana tersasul. Tidak biasa kerana mungkin sudah lama tidak berbual dengan wanita itu.
"Dah, jom makan. Nanti-nanti kita borak, Hana pun mungkin lapar tu." Celah Encik Husni. Dia nampak kejanggalan Hana jadi dia rasa lebih baik semua orang memberi Hana masa dan ruang supaya Hana lebih selesa.
Sufi menyiku lengan Hana dengan senyuman nakal.
" Apa?" soal Hana hairan. Dah macam kerang busuk saja Sufi ketika itu, tersengih-sengih dari tadi.
"Kau datang dengan acik? Ada benda yang aku tak tahu ke?"
"Kebetulan je Sufi. Dia tu doktor yang rawat pak ngah aku. Itu saja tak lebih dan tak kurang." jelas Hana.
"Tap--"
"Kau nampak tak Husna? Si Tariq tu nak campak Husna dekat mana kalau aku menempel?"
"Aku cuma nak kau--"
"Dalam hidup ni apa yang kita nak tak semestinya kita dapat, Sufi. Aku bukan macam kau, aku.. bukan kau, Sufi." sampuk Hana tanpa memberi ruang kepada Sufi untuk menghabiskan ayat.
"Hana.. kau dah lain." komen Sufi. Apa yang dah jadi pada kau Hana? Apa yang buat kau berubah macam ini?
"Serius nampak? apa yang tengah hangat dibincangkan?" tegur Thakif. Tidak lama selepas itu, Tariq dan Husna turut sama ikut serta.
"Sufi, dia tengah kenenkan i dengan orang." jawab Hana selamba.
"Siapa?" soal Tariq ingin tahu.
"Hana tengah mencari ke?" tanya Husna pula.
" A'ah. I kalau boleh nak doktor, senang sikit kalau i sakit ke atau kena apa-apa, dia boleh tengokkan i."
"La yaka. Husna ada kawan-kawan yang tengah mencari jugak. Kalau Hana serius boleh je Husna tolong." usul Husna tetapi Hana mengelengkan kepala.
"I tak bagitahu lagi ciri-ciri lelaki yang i nak." matanya menyoroti setiap wajah yang memberi tumpuan kepadanya dan terhenti kepada Tariq yang turut memandangnya.
" Mata, hidung, bibir dan raut wajah semua saya nak macam awak." sambung Hana dengan suara yang seakan berbisik. Dia dan Tariq melawan pandang namun tidak lama apabila terganggu dengan suara ketawa Husna.
"Hana ni pandai sungguh buat lawak sampai terdiam semua orang."
"Ada nampak macam i buat lawak ke?" soal Hana dengan senyum sinis.
Ketawa Husna mati. Berubah terus air mukanya dengan soalan Hana. Sepi antara mereka namun tiba-tiba Hana ketawa besar.
"Oh my god! It's so funny, look it that face!"
"Hanaa!! kau ni!!" Sufi menampar bahu Hana berkali-kali. Geram dipermainkan begitu oleh kawannya.
"Eleh kau ni, nak main-main sikit pun tak boleh ke? sengal!"
Thakif hanya mengelengkan kepalanya. Hampir saja dia terpedaya dengan tingkah Hana tadi, masih tak berubah. Masih sama macam dulu, suka main-mainkan orang. Kesian pulak dia tengok Husna yang seakan terpinga-pinga dengan situasi.
" Husna, i cuma bergurau. You jangan risau, i tak suka ambil hak orang." ujar Hana sambil mengenyitkan matanya.
"Amboi-amboi, meriahnya. Apa yang kecoh-kecoh ni?" celah Puan Norlela sambil menjinjit dulang.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romans" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...