" Jadi ini la isteri acik, ye?" soal Puan Dian lembut.
Hana hanya mengangguk sopan. Tidak betah berada dalam keadaan sekarang yang sedikit canggung.
" Suka mak ngah tengok Hana. Cantik sangat."
" Hana biasa-biasa je mak ngah. Jangan puji lebih-lebih kang kembang tak muat pula tempat Hana duduk ni nanti." balas Hana selamba.
Puan Norlela ketawa kecil.
Selamba betul menantu dia yang seorang ni. Tapi dia lega, itu bermakna Hana selesa.
Sengaja dia menarik Hana untuk mengikutnya ke bahagian dapur kerana dia tengok dari tadi Hana keseorangan.
Sufi pergi tidurkan anak lelakinya yang bongsu kerana meragam manakala Damiaa berehat di dalam bilik.
Tinggal la Hana terpinga-pinga di ruang tamu seorang diri.
Mata Hana tak lepas memandang tingkah Puan Norlela yang memasukkan beberapa bahan ke dalam besen besar.
Puan Dian pula mengaul semua bahan-bahan itu supaya sebati.
Curious!
" Hana nak cuba rasa?" soal Puan Norlela.
" Boleh ke? nak!" teruja nak cuba benda baru.
Puan Dian ketawa kecil. Suka tengok tingkah Hana yang selamba saja.
"Erm.. apa ni?" soal Hana pelik.
" Sedap tak?"
" Sedap la ibu. benda apa ni?nak kata salad,Hana rasa bukan." komen Hana.
" Ini namanya kerabu kaki ayam." jawab Puan Dian.
" ooo.. Hana tak pernah makan. Sedap."
" Kalau dekat kampung ni, kerabu kira macam menu wajib kalau ada kenduri apa-apa." celah makcik Wan.
" Patut la.. kalau Hana nak rasa lagi boleh tak?" pinta Hana tak tahu malu. Jadi ketagih pulak bila makan sesuap.
Tanpa jawapan Puan Norlela mengambil piring kecil dan menyedok kerabu ke dalam piring itu
" Terima kasih ibu, you're the best!" bodek Hana sambil tersengih.
Berbaloi dia jadi tugu negara kat situ dari tadi. Dapat jadi orang pertama merasa kerabu ni! nyum..nyum..
" Makan perlahan-perlahan, Hana. Banyak lagi ni." pesan Puan Norlela.
" Kesian ya sebab tak pernah makan kerabu. Kat bandar sana tak ada ke?" soal salah seorang makcik yang ada di situ.
Entahkan perli atau benar-benar kesian dengan Hana.
" Hana ni baru je berapa bulan balik dari luar negara kak. Bukan setakat kerabu, belacan pun dia tak jumpa dekat sana. Susah nak cari kan." jawab puan norlela.
Dia tahu yang wanita separuh usia itu dari tadi asyik pandang-pandang menantunya. Sesekali berbisik bersama kawan disebelah.
Ada la tu benda yang nak di umpatnya!
Dia tak hairan pun, memang ada je orang kampung yang suka sangat menjaga tepi kain orang.
" Anak dara dekat kampung ni dah pupus ke ibu? Hana rasa Hana seorang je yang muda dekat sini."
Puan Dian ketawa kecil. Ada-ada saja Hana ni. yang bukan-bukan soalan ditanya.
" Ada je kat luar sana. Ibu saja tarik Hana sebab ibu nak kenalkan Hana dekat makcik-makcik ni. Biar diaorang tahu yang anak ibu semua dah kahwin. Apa orang putih cakap tu? taken?" pedas Puan Norlela memberi ingatan.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...