Tariq segera menyaingi langkah Hana sambil mulut tak putus memanggil wanita itu.
Boleh tahan laju jugak minah ni jalan!
Semput aku nak kejar.
Tidak berputus asa dia panggil lagi Hana dengan harapan wanita itu akan berhenti berjalan.
Namun panggilannya langsung tidak diendahkan Hana malah Hana mula berlari anak menuju ke kereta miliknya.
Melihat keadaan itu Tariq terus mengejar Hana dan merampas kunci kereta yang berada dalam genggaman Hana dengan kasar.
"What the--"
"Sorry."
"Aku cuma nak kau jawab soalan aku dengan jujur. Punca sebenar pak ngah aku terlantar di atas katil hospital tu kerana ubat yang pak su aku bagi kan? Betul kan? Sebab itu ke pak ngah aku langsung tak sedar sampai sekarang? " soal Hana memandang tepat ke mata Tariq.
"Ya. Kalau ikutkan itu memang ubat yang selalu di ambil oleh pesakit jantung tetapi ubat itu perlu di makan mengikut saranan doktor."
"Jadi.. kau nak kata yang pak ngah aku tu makan ubat melebihi dos yang disarankan oleh doktor?"
"Hana.. bukan setakat ubat pesakit jantung saja malah mengikut ujian yang telah dilakukan, Dato'Mustafa mungkin tidak tahu yang dia diberi ubat untuk pesakit kanser otak. Walaupun diberikan dalam kuantiti yang sikit, ubat tu akan menjadi racun dan menyebabkan seseorang itu menjadi fatal sekiranya di ambil setiap hari." jelas Tariq dengan tenang.
" Kenapa? kenapa kau tak beritahu aku? kenapa Ariq! aku percaya dekat kau!" bentak Hana.
Menolak Tariq kerana amarah yang tak tertanggung. Dia paling benci ditipu begitu, merahsiakan sesuatu yang penting darinya.
Tayar kereta ditendang berkali-kali tanpa hiraukan tegahan dari Tariq.
" Hana.. Aku.. "
" Sebenarnya apa keadaan sebenar pak ngah aku, Ariq.. Adakah dia akan sedar seperti yang kau kata atau--"
" Brain death. Itu keadaan sebenar Dato' Mustafa." tidak lagi mahu menyembunyikan keadaan sebenar.
Tidak mahu tengok Hana cederakan diri lagi.
Dia sudah bersedia untuk menerima amukan dari Hana namun lain pula reaksi yang dia terima tatkala tangisan Hana pecah ketika itu.
Hana terus tersandar lemah di tepi keretanya.
Dia meletakkan tangan di dada, sebelah lagi tangan kuat mencengkam baju Tariq.
Hana benci rasa ni.
Tiba-tiba dia rasa susah untuk bernafas, dada dia umpama sebu dan bagai dihempap sesuatu.
"Hana!! Hana Saffiya!! Breath baby.." arah Tariq apabila menyedari keadaan Hana yang tercungap-cungap mencari nafas.
Airmata masih merambu jatuh ke pipi menyukarkan lagi Hana untuk bertenang.
"Hana, pandang aku. Please, baby.. tarik nafas dalam-dalam dan lepas dengan perlahan. Kau boleh buat, Hana." pujuk Tariq dengan lembut. Apabila keadaan Hana sudah tenang sedikit, Tariq menarik Hana ke dalam pelukan dan kepala Hana di usap lembut.
Masih terdengar tangisan Hana yang belum lagi berhenti.
" Aku akan lindungi kau, Hana. Jangan takut, i'm here and i will never let you go again."
"Ariq--"
"Sebagai doktor aku memang dah langgar etika kerana tak beritahu keadaan sebenar kepada waris pesakit tetapi aku tak nak putus asa. Nak-nak bila aku tengok muka berharap Syahrul." sambung Tariq apabila melihat Hana sudah kembali tenang.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...