🖋️BP 15

6.4K 371 40
                                    

6 tahun yang lalu..

Tariq meraup mukanya berkali-kali, rasa menyesal tak usah dicakap apabila sekali lagi dia terlanjur memberi kata putus kepada Hana.

Dia nampak riak wajah Hana yang kecewa, dia tahu Hana terpaksa ambil keputusan tetapi dia terlampau ego!

"Kau buat apa kat luar? Dari tadi lagi aku tengok kau macam orang resah je, kenapa? cuba cerita dekat aku." tegur Thakif.

Tariq tanpa banyak soal memilih untuk memberitahu apa yang terjadi kepada abangnya, dia yakin yang Thakif mungkin tahu jalan penyelesaian.

" Kenapa kau buat tindakan melulu macam ni, acik? tinggi sangat ke ego kau tu sampai langsung tak nak bertolak-ansur dengan Hana? kau tahu kan yang dia baru saja hilang ibu ayah, kau pulak buat macam ni." marah Thakif. Kesal dengan sikap adiknya yang terlampau mengikut emosi.

" Sudahlah kau dengan Sufi bergaduh dengan dia, apa nak jadi dengan korang ni?" Soal Thakif bertubi-tubi.

" Aku tahu ngah. Aku salah dalam hal ni, sepatutnya aku tak payah nak tegakkan ego aku sangat. Tapi entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni, ngah. Aku menyesal! Hana dah tak pakai nombor lama dia, email, whatsapp, malah segalanya seolah-olah hilang macam tu je." adu Tariq.

" Aku tak tahu nak hubungi dia macam mana."

"Kenapa kau tak pergi saja rumah dia?"

"Ak--aku.."

"Kau malu? ke sebab ego jantan kau tu masih ada lagi?" sinis Thakif.

"Nasihat aku, kau pergi sekarang ngah. Sebelum terlambat, baik kau pergi jumpa Hana. Jangan menyesal di kemudian hari, protect what you should protect." kata Thakif sambil menepuk bahu adiknya dengan perlahan.

Tariq berlari-lari di dalam lapangan terbang mencari seseorang.

Dia melepaskan hela yang terasa berat di dada akibat berlari tidak henti. Sebaik sahaja mendapat tahu yang Hana akan pulang ke Amsterdam hari ini, cepat-cepat dia memecut kereta menuju ke Lapangan Terbang.

Monitor board penerbangan dipandang berkali-kali, dia tidak henti berdoa supaya dapat berjumpa dengan Hana sebelum Hana berlepas.

Tariq mula mengelabah.

Segera dia berlari anak menuju ke balai pelepasan, menunggu kehadiran Hana di situ namun hampa.

Dia terlambat!

Dengan laju dia menuju ke kaunter tiket dan tanpa ragu dia membeli tiket ke Amsterdam, apa yang dia tahu dia perlu berjumpa dengan Hana dengan kadar segera.

Usai segala pembelian, Tariq mendail seseorang.

"Kau tolong cover aku untuk hari ni. Aku akan inform pada pihak atasan yang aku ambil cuti kecemasan. Thank you, buddy."

Tariq membuat panggilan sekali lagi dan lega apabila dia tidak perlu menunggu masa yang lama untuk panggilannya berjawab.

"Ibu, flight acik petang ni. Tolong bawa passport dan baju sejuk acik ke airport secepat mungkin."

"Okey, kejap lagi ibu sampai dengan ayah." jawab Puan Norlela tanpa banyak soal.

Walaupun dia mempunyai banyak soalan namun dia lebih memilih untuk percayakan anaknya.

❇️ ❇️ ❇️

"Ini maklumat yang kau nak, macam mana kau boleh layan awek kau macam tu." soal Ikhram.

Geram dengan Tariq.

Kalau datang angin tak betul memang macam ni. Ikut suka je nak layan anak dara orang macam tu.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now