"Welcome back Hana Saffiya." bisik Hana sebaik saja kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur.
"Cindy, kita terus ke hospital. I nak tahu keadaan pak ngah i terlebih dahulu." arah Hana yang beriringan keluar bersama dengan penumpang lain.
Dia memakai cermin mata sambil mengikat tinggi rambut panjangnya. Menutup rasa debar dan trauma tatkala berada di lapangan terbang itu.
"Baik." pendek saja jawapan Cindy segera mendail nombor seseorang. Dan tanpa menunggu dalam masa yang lama, sebuah kereta Nissan Almera berwarna hitam berhenti tepat dimana Hana dan Cindy menunggu.
"Welcome back, Cik Hana." ujar Rosdi
Hana hanya mengangguk kepala tanpa membalas kata pemandu peribadinya itu. Kepala dia masih terasa berat dan pening akibat terlalu lama berada di atas awan.
"Rosdi, kita ke hospital terlebih dahulu. Kemudian i akan drop you dekat rumah you. Yang lain biar i yang uruskan." arah Cindy. Dan Rosdi memilih untuk diam saja. Sesekali matanya mencuri pandang majikannya yang dari tadi melempar pandangan ke luar. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan wanita itu sebaik sahaja melangkah ke bumi Malaysia.
Hana hanya berjalan tanpa menghiraukan pandangan orang yang bertembung dengannya di hospital. Mungkin sebab dia memilih untuk memakai kacamata hitam jadi penampilannya agak menarik perhatian.
"Tingkat 8, wad 813." tenang Cindy memberi maklumat tanpa perlu Hana membuka mulut untuk bertanya. Hana terus menekan lif tanpa sebarang reaksi.
"Cindy, buang footage i dekat cctv hospital ni. I tak nak mereka tahu yang i ada datang ke sini jumpa pak ngah i." arah Hana.
"Copy that."
Hana mengangguk dengan muka puas hati dengan jawapan Cindy.
"Hana.. Any possibility might be happen once you step your feet in that room. Are you ready?"
"I tahu. But you will always by my side, right?" soal Hana kembali.
" Of course!"
"Then, why should i be afraid?" ujar Hana seraya membuka pintu wad yang didiami oleh pak ngahnya, meninggalkan Cindy di luar.
Dia tidak mahu Cindy menyaksikan pertemuan antara dia dan pak ngahnya. Dia tidak mahu Cindy nampak betapa lemahnya tika itu.
Sebak Hana melihat keadaan pak ngahnya yang kaku terbaring dengan wayar penuh di seluruh badan. Terus saja dia mengatur langkah mendekati sekujur tubuh yang terbaring itu.
Tangan pak ngahnya dicapai dan dicium. Sebak! namun dia tidak mahu menitiskan sebarang airmata. Dia perlu kuat!
Satu-satunya insan yang sangat mengambil berat dan menjaga Hana sedang terbaring lemah.
"Assalamualaikum, pak ngah. Hana datang ni. Maaf sebab Hana lambat melawat pak ngah." ujar Hana.
"Pak ngah kena kuat sebab Hana dan Syah masih perlukan pak ngah. Bangunlah pak ngah." sambung Hana dengan suara yang sedikit bergetar.
" Hana perlukan semangat dari pak ngah untuk teruskan perjuangan ni. Bangunlah pak ngah." Rayu Hana menahan sebu di dada.
"Kak Hana?" tegur seseorang. Hana terus menoleh memandang gerangan yang menegurnya. Sebuah senyuman mekar dibibirnya. Menutup segala kesedihan dan kegundahan hati.
"Syah!!"
Syahrul terus meluru memeluk Hana. Sempat Hana menangkap bayang Cindy yang turut sama masuk ke dalam wad itu dengan seorang wanita berusia lewat 40an.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...