🖋️BP 06

6K 340 25
                                    

Hana mencapai earpiece dan memakainya ke telinga lantas nombor Cindy di dail.

Matanya fokus memandang ke hadapan sesekali dia melihat cermin sisi apabila menyedari dirinya diekori sejak tadi.

"Cindy, kalau i tak sempat masuk meeting tu, i nak you tolong gantikan i untuk sementara. I tak kisah macam mana you nak handle."

"You ada mana ni Hana? Are you okey?" jelas nada kerisauan di hujung talian.

"Ada kereta ikut i dari tadi. I rasa pak su i yang upah diaorang sebab tak nak bagi i attend meeting tu. Dia nak cari point untuk jatuhkan i depan semua BOD, jangan risau akan ada yang tolong you nanti."

"Hopefully.." sambung Hana separa berbisik.

"You nak i hantar back up ke Hana? Berapa buah kereta yang ikut you sekarang?" soal Cindy lagi. Tangan lincah mencari lokasi Hana untuk menghantar orang lindungi wanita itu.

"Dua buah. CRV hitam. Jangan risaukan i, you fokus meeting tu. I kena bawak diaorang ni ke jalan yang lapang sikit, tidak nanti akan ada orang yang tak bersalah jadi mangsa."

Belum sempat Cindy membalas kata Hana sudah pun mematikan panggilan.

Cindy mengetap bibir laju tanganya mendail seseorang. Mahu mencari bantuan segera.

" Shit!" carut Hana apabila kereta kesayangannya dilanggar dari belakang.

" Tak aci betul! Aku dahlah pakai Almera je!" rungut Hana seraya menekan minyak dengan laju.

Tanpa rasa takut dia mencelah ke kiri dan kanan, langsung tak hiraukan hon yang bertalu-talu.

Masuk saja ke jalan yang lenggang, Hana sekali lagi menekan minyak namun kereta yang dipandunya telah terhimpit di tengah-tengah CRV hitam yang mengekorinya dari tadi.

Dengan tiba-tiba dia menekan brek sehingga membuatkan kereta yang dia pandu sedikit berpusing kerana membrek dengan mengejut.

Hana membuka tali pinggang kemudian mencapai sepucuk Glock di bahagian bawah tempat duduk penumpang dan keluar dari kereta.

Dia melepaskan nafas dengan berat kemudian merengangkan leher dan badan.

Mata tajam memberi fokus kepada musuh yang sedang menghampirinya dengan masing-masing mengacukan pistol ke arahnya.

1..2..3..4..6..10.. Seriously? berhimpit dalam CRV tu ke apa? Sah macam sardin dalam tu. Sempat dia mengomel sendirian.

"Ikut kami sementara kami tengah dalam mood baik." kata salah seorang lelaki yang kian menghampiri Hana.

"Kalau i tak nak?" cabar Hana tanpa rasa takut melangkah ke hadapan.

Sesekali matanya memandang sekitar jalan, sunyi! kalau dia mati mesti orang tak kan tahu punya!

Bagus betul pak su, tak sangka terang-terang mengupah orang untuk dapatkan apa yang dia mahukan.

"Kepung dia!" arah seorang lelaki yang menutup muka dengan mask hitam yang berada di hadapan sekali.

" Tak gentle lah kepung macam ni. I perempuan kot. Memang sah kau orang ni dayus! lembik! " cemuh Hana mencari pasal.

"Kau! Pegang dia!" satu tamparan kuat dia beri kepada Hana tanpa rasa kasihan.

Hana meludah darah akibat bibir yang sudah pecah dek tamparan kuat tersebut.

Luka di bibir dek tamparan pak sunya pun masih belum sembuh, dah kena lagi sekali. Habis la muka cantik aku kalau macam ni!

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now