🖋️ BP 20

1.4K 89 6
                                    

Babe, i'm here..

Usai menghantar pesanan whatsapp kepada Tariq terus saja Hana masuk ke ruangan lobi hospital dan menuju ke kaunter.

"I nak jumpa dengan doktor Tariq."

"Doktor Tariq?" jururawat tersebut seakan berfikir sesuatu sampai berkerut-kerut dahinya.

"Oh, maksud cik doktor Haq ke? Cik ada buat temujanji dengan doktor Haq ke?" soal jururawat tersebut sambil jari jemari ligat menekan kekunci komputer, menaip sesuatu.

"Ya.. ada."

"Okey.. Tapi sekarang ni Doktor Haq masih dalam bilik mesyuarat. Saya tak pasti pulak bila mesyuarat tu akan habis. Cik nak tunggu ke? atau cik nak balik dulu? Nanti bila mesyuarat dah habis saya akan maklumkan balik pada cik."

"Tak apa. Saya boleh tunggu. Kalau saya tunggu di bilik dia boleh tak?" soal Hana. Dia kembali melihat skrin telefon menunggu balasan daripada Tariq namun lelaki itu jelas sekali tidak membaca whatsappnya.

"Tak boleh, cik. Untuk keselamatan saya memang tak boleh benarkan pelawat masuk ke dalam bilik doktor sekiranya doktor tiada di dalam bilik." jelas jururawat tersebut.

"Oh, hmm.. Let's say.." Hana menghampiri jururawat bernama Zila dan berbisik sesuatu dan menunjukkan whatsapp yang dihantar oleh Tariq.

" Oh, maaf cik.. saya tak tahu pulak. Kalau macam tu cik boleh masuk tapi cik kena tinggalkan kad pengenalan cik di sini ya. Sekadar prosedur saja cik, nanti kalau jadi apa-apa senang. "

"Okey. Tak ada masalah." jawab Hana dengan senyuman manis.

Mata Hana ralit memandang dekorasi di setiap penjuru bilik dengan tangan yang tak reti duduk diam.

Ada saja benda yang menjadi tarikan untuk dia pegang.

Dengan pipi yang sengaja dikembungkan, dia mencapai stetoskop milik Tariq yang berada di atas meja, menilik dengan penuh rasa ingin tahu.

Dia kembali bangkit dan menuju ke arah rak yang tersusun segala jenis file dan buku-buku milik Tariq, tiba-tiba matanya tertangkap satu file berwarna biru yang berada di celah-celah file yang lain.

Entah kenapa dia tertarik untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam file tersebut.

Baru saja dia mahu menarik file itu, pintu dikuak dari luar tanpa amaran.

"Apa kau buat dekat sini?" terjah Husna tanpa kiasan.

Hana buat tidak peduli dengan soalan Husna yang jelas tayang muka tak puas hati.

"Siapa bagi kau masuk sini? Kau dah langgar prosedur hospital tahu tak?"

"Apa pulak yang kau buat dekat sini?" soal Hana dengan selamba sambil memeluk tubuh.

"Aku doktor dekat sini. Ikut suka aku la nak pergi mana."

"Oh macam tu pulak? I see.." ujar Hana acuh tak acuh.

Husna terus mencapai telefon dan menekan nombor sambil mata tak lepas memberi renungan tajam kepada Hana.

"Sambung pada kaunter bawah."

Hana membuat muka tak berminat, dia hanya duduk dengan bermain dengan kukunya sendiri.

Segala tindak tanduk Husna langsung tidak dihiraukan. Perhatiannya teralih tatkala ketukan di pintu kedengaran dan terjengul jururawat bernama Zila dengan muka yang jelas ketakutan.

"Siapa benarkan kau bagi pelawat masuk ke dalam bilik doktor bila doktor tak ada?" soal Husna dengan nada yang agak tinggi.

"Eh, look. Chill la weh. Tak kan benda kecil macam ni sampai nak tengking-tengking dia? Over la kau ni." kecam Hana selamba.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now