" Aku minta maaf sebab cakap macam tu dekat kau, Hana. Salah aku.. cakap ikut lepas tanpa fikir dulu." kesal Tariq, jujur dia kata.
Dia sendiri terkejut dengan kelancangan mulutnya sendiri. Nasib Hana bagi penampar tidak entah apa lagi pekataan yang akan keluar pun dia tak tahu.
Hana tersenyum. Tipu kalau dia kata dia tak terasa tapi dia tak mahu memanjangkan perbalahan.
Masalah yang ada ni pun dia tak dapat nak selesaikan lagi. Jadi dia memilih untuk melupakan sahaja.
"Tak apa.. aku pun emosi jugak. Kau kerja malam ke hari ni?" soal Hana.
"Yup. Thank you, baby.. sebab maafkan aku." jawab Tariq seraya mengenyitkan matanya kepada Hana.
Suka tengok Hana blushing bila diusik begitu.
"Euww..kau jangan nak berbaby kan aku.. Geli lah."
Tariq ketawa mengejek.
" Geli konon. Padahal suka."
" Ish kau ni. Jangan cakap kuat-kuat. Malulah aku!"
"So.. Hari ni boleh la kita dating kejap? Boleh kan?" pinta Hana.
"Anything for you."
Hana tersenyum suka. Dia nak habiskan masanya bersama dengan Tariq tanpa fikir apa-apa masalah.
Dia nak lapangkan kepala otak yang serabut dengan gembira.
"Ariq.. aku nak bincang sesuatu dengan kau boleh?" soal Hana ketika mereka berdua berjalan-jalan di tasik.
"Apa? cerita lah Hana."
"Pak su, dia bagi aku dua pilihan untuk aku tentukan."
"Pilihan?Maksud kau?" Tariq pandang Hana dengan riak tidak faham.
"Qalish ada datang dengan keluarga dia. Niat mereka nak sambung balik hubungan yang dah putus."
Tariq mula rasa tidak sedap hati apabila nama bekas tunang Hana disebut dan bila dia tahu tujuan sebenar si bekas tunang.
"Pak ngah tak ada nak back up aku. Jadi sekarang ni pak su yang menjadi penjaga sementara pak ngah buat rawatan untuk Syahrul. Disebabkan lelaki tak guna tu datang rumah, pak su bagi aku pilihan sama ada kahwin atau Amsterdam." terang Hana.
Pada mulanya dia mahu menceritakan segalanya kepada Tariq tetapi entah kenapa dia rasa belum masanya lagi untuk dia rungkai tentang itu.
" Apa pilihan kau?"
" Aku lebih rela pergi Amsterdam dari berkahwin, Ariq."
"Kenapa?kenapa tak pilih untuk berkahwin? Kan aku ada? kita pun memang bercinta kan? Kenapa perlu pilih Amsterdam?" soal Tariq bertubi-tubi.
"Sebab pak su yang akan tentukan siapa calon suami aku! dan dengan keadaan sekarang Qalish orangnya!"
Tariq meraup rambutnya. Kusut! Kenapa jadi macam ni sekali? Apa akhirnya hubungan mereka?
"Ariq.. Kalau aku pergi Amsterdam, kita masih boleh berhubungan. Betul tak? Tapi kalau aku kahwin dengan orang lain.. aku tak rasa aku mampu nak cintakan suami aku macam aku cintakan kau."
" Kau yakin ke yang kita akan terus kekal tanpa ada salah faham? kau pasti ke yang pak su kau tak akan ganggu hubungan kita? Apa kau nak takut Hana? Pak ngah kau kan masih ada. Kalau kita kahwin dia masih boleh jadi wali kau."
Hana gigit bibir. Memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi di hujung pertemuan mereka hari ini.
" Ariq.. Aku.. "
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...