Masuk saja ke dalam rumah, telinga Hana menangkap bunyi suara rayuan dan tangisan seseorang.
" Apa benda lagi lah yang perempuan tu buat." omel Hana.
Dia mengetap bibir tatkala melihat pembantu rumah serta seorang gadis berusia lebih kurang 22 tahun sedang berada betul-betul di hujung balkoni. Tubuh gadis itu terketar-ketar dek takut terjatuh.
Dia memandang pula Datin Suraya yang selamba duduk dengan menghirup teh tanpa menghiraukan rayuan pembantu rumahnya.
"Apa yang kau buat ni?" soal Hana dingin.
Dia berdiri tegak sambil bersilang tangan, tak perlu lagi nak hormat pada orang yang tidak layak dihormati macam mak sunya itu.
" Kau tanya la dia. Apa yang dia dah buat. " jawab Datin Suraya.
Hana merenung tajam ke arah gadis itu.
"Turun dari situ!" arah Hana.
"Kau pergi berhambus! jangan sibuk apa yang aku buat!" ujar Datin Suraya dengan nada suara yang tinggi.
Bengang apabila apa yang dia buat diganggu oleh Hana.
"Aku kata turun." dingin Hana mengarah.
Masih lagi beriak tenang biarpun jantung sudah berombak kencang dek rasa marah yang bila-bila masa saja boleh meletup.
Gadis itu segera mengikut arahan Hana lantas mengikut arahan Hana kemudian berlari terus memeluk si ibu yang juga turut menangis.
"Okey tak ni?" soal Hana prihatin.
"Saya okey, Cik. Terima kasih." balas gadis itu dengan suara yang sedikit serak.
"Terima kasih cik Hana. Mak Bah nak minta maaf sebab anak mak Bah tak sengaja terpecahkan pasu kesayangan datin. Sebab itu datin marah sangat." jelas pembantu rumah itu dengan suara yang sayu.
"Sebab pasu bodoh tu saja kau bermain dengan nyawa orang? kalau jatuh budak tu kau nak jawab apa? seriously, Suraya?"
"Kau jangan nak campur! mak Bah, kau pergi kemas barang-barang kau dan keluar dari rumah ni sekarang! aku tak akan bayar satu sen pun gaji kau untuk bulan ni. Berhambus!" halau Datin Suraya tanpa rasa kasihan.
Hana hanya tersenyum kelat. Simpati dengan nasib pembantu rumah itu, dihalau bagaikan anjing kurap, bagai tiada maruah oleh mak sunya.
Namun dia hanya membiarkan mak Bah serta anaknya berlalu pergi dengan airmata yang mengalir.
"Disebabkan kau mak Bah tu hilang kerja. Kau ni memang tak boleh tengok orang senang ke?"
"Kenapa? kau seronok tengok orang merayu-rayu minta maaf dengan kau? rasa besar sangat pangkat yang kau sandang sekarang sampai buat macam tu dekat budak tu. Silap langkah, budak tu jatuh.. kau nak bertanggungjawab ke? dasar manusia tak berhati perut!"
Pang!!
Pipi Hana menjadi mangsa tamparan Datin Suraya. Hana memegang pipinya yang terasa pijar.
"Marah? rasa terhina? itu memang level kau kan? Level bawah tapak kaki aku?" soal Hana sinis.
Hana menangkap tangan Datin Suraya yang mahu menamparnya buat kali kedua, lantas tubuh itu ditolak jatuh.
"Arghhhhh!!!" jerit Datin Suraya tak puas hati.
"Berani kau buat aku macam ni! Biadap!" pekik Datin Suraya sambil menjerit-jerit.
Hana hanya ketawa sinis, dia jengkel dengan perangai Datin Suraya yang sudah lupa asal usul.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...