Hana ralit mendengar lagu sambil mata memandang kesibukan jalan raya dihadapan matanya.
Handphone yang dari tadi bergetar menandakan whatsapp masuk bertubi-tubi dijengah sepintas lalu.
Dia tahu dari siapa, dia tersenyum kecil tatkala membayangkan raut wajah Cindy dan sudah tentunya Tariq yang mencari keberadaannya.
Entah kenapa hari ini dia rasa mahu naik pengangkutan awam, mungkin malas nak menghadap kesesakan selama berjam-jam.
Laju jarinya menekan sesuatu membalas segala pertanyaan dengan ringkas kemudian meletakkan ke mod senyap, tidak mahu diganggu sesiapa.
Fokus dia agak terganggu dengan suara tangisan bayi dan untuk kepastian dia terus mencabut earpod yang dia pakai.
Selang beberapa meter dari tempat yang dia duduk, ada seorang wanita muda sedang terkial-kial menenangkan seorang bayi yang pada telahan Hana mungkin anaknya.
Dia hanya bertindak sebagai pemerhati, beberapa orang yang turut sama menunggu bas menunjukkan raut wajah tidak selesa dengan bunyi tangisan bayi itu.
Dah tahu tak selesa kenapa tak tolong? dengus Hana.
Hana tanpa sedar menghampiri wanita muda itu tanpa ragu-ragu dan menghiraukan pandangan yang diberikannya.
"Kenapa ni?" tegur Hana.
"Maaf cik. Maaf menganggu ketenteraman cik." balas wanita muda itu serba-salah.
Tangan dia menepuk-nepuk si anak yang masih lagi menangis.
"Tak apa. Kenapa anak you menangis macam ni? dia tak sihat ke?" soal Hana lagi.
Pelik dengan tingkah wanita dihadapannya itu, matanya tidak lepas memandang tingkah wanita muda itu dengan tenang.
"Bukan.. Dia sihat. Biasa la budak-budak, mungkin tak selesa." ujar wanita itu beralasan.
"Kenapa tak bagi susu? kesian anak tu dari tadi menangis." tegur salah seorang penunggu bas disitu.
Eh, ada pulak suara? tadi bukan main diam jadi tunggul.
Hana diam menunggu jawapan daripada wanita itu.
"Saya.. Saya.."
"Puan?" panggil Hana tatkala melihat raut wajah wanita itu berubah sedih.
"Saya tak ada duit nak beli susu dia.." serentak itu wanita muda tersebut menangis tatkala membuka pekung di dada.
Hana terus saja menepuk bahu wanita itu sambil mata melilau mencari sesuatu.
"You stay sini boleh? i pergi belikan susu untuk anak you. Boleh i tahu susu jenama apa?"
"Dupro, 0-12 bulan." jawab wanita itu menunduk malu.
"Okey, you tunggu tau. Sementara tu you tenangkan anak you dulu supaya senyap ya." terus saja Hana berlari ke seberang jalan untuk membeli apa yang patut.
Dari jauh dia nampak bas yang dia perlu naik sudah sampai namun dia sudah tidak peduli lagi.
Lebih rela terlepas bas dari tinggalkan orang yang dalam kesusahan.
Cindy yang baru sampai terus menerpa Hana dengan kalut.
Dia risau!
Nasib la Hana call suruh dia datang kalau tidak dia mungkin terpaksa mengesan lokasi Hana.
Dia kalau boleh tidak mahu mengunakan kaedah itu sebab dia tahu Hana tidak suka privasinya diganggu dan diceroboh.
Namun melihat Hana yang selamba memangku seorang bayi sambil memberi susu botol membuatkan dia kembali tenang.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...