🖋️BP 12

6K 349 50
                                    

"Siapa ni?" sekali lagi soalan di ulang.

Hana hanya tersenyum melihat air muka Tariq yang jelas ada riak cemburu.

"Ini Faiq, cikgu di sekolah Syah. Saja saya ajak makan-makan sebab nak tahu perkembangan Syah ni dekat sekolah." jawab Hana dengan lembut.

Padahal Faiq tak ada kaitan langsung pon dengan Syahrul. Mestilah tak ada kaitan, lelaki itu hanya kerani sekolah. Mana ada kena mengena dengan pembelajaran Syahrul pun.

"Faiq, ini kawan i.. Tariq ZahirulHaq. Dia doktor yang merawat bapa Syahrul." perkenal Hana apabila menyedari yang lelaki itu seakan bingung dengan kehadiran Tariq yang tiba-tiba.

"Er, awak nak terus berdiri ke?" soal Hana teragak-agak.

Pelik dengan renungan tajam Tariq yang dari tadi memandangnya tidak lepas.

"Kenapa dengan bibir?" soal Tariq ingin tahu. Dia nampak ada luka ditepi bibir Hana, rasa ingin tahu membuak-buak melihat keadaan Hana.

"Kak Hana.. Syah dah kenyang. Nak tengok papa." ujar Syahrul mematahkan pertanyaan Tariq sebentar tadi.

"Urm, sekarang ke? tak penat?" soal Hana memberi perhatian kepada sepupunya.

" Hana, awak pergilah bawak Syah jumpa papa dia. Saya boleh naik teksi je." celah Faiq.

" Alah, i boleh je hantarkan you dulu. Tak payah susah-susah naik teksi, membazir je."

Tariq ketap bibir tanda geram kerana dirinya bagaikan halimunan dipandangan mata Hana.

Tipu kalau dia kata dia tak cemburu tengok Hana dengan lelaki bernama Faiq itu tetapi dia belum ada hak untuk menyekat Hana daripada berjumpa dengan sesiapa.

" Mana kereta kau?"

"Ouh, kereta aku dekat bengkel. Dah seminggu aku ulang alik ke sekolah dengan grab. Kebetulan tadi sesuatu terjadi, itu yang boleh sampai ke sini dengan Hana." jawab Faiq ramah. Dia tak kisah biarpun cara lelaki yang bernama Tariq itu agak kasar.

"Kau balik dengan aku. Biar Hana bawa Syah jumpa papa dia. And Hana, answer my call otherwise i will go to your house." ugut Tariq menandakan yang dia serius.

Hana menelan air liur dengan ugutan Tariq. Lelaki ni kadangkala dia punya gila boleh tahan. Sampai Hana kadang-kadang naik seram!

"Kau tunggu apa lagi? jom lah." arah Tariq dengan renungan tajam.

"Hana, boleh saya minta nombor awak?"

"Why no--" kata-kata Hana terhenti saat terpandangkan renungan tajam Tariq kepadanya. Jelas lelaki itu tidak suka dia rapat dengan mana-mana lelaki selain dirinya. 

" Why not?" Hana tersenyum manis kepada Faiq dan memberikan nombornya kepada lelaki itu.

Sengaja nak buat Tariq bertambah marah. Sengaja nak main-mainkan hati Tariq. Seronok tengok air muka lelaki itu yang tidak puas hati dengannya.

" Syah, nak tak kalau Syah duduk dengan kak Hana?" cadang Hana yang sedang memandu menuju ke hospital.

" Syah.. Syah takut pak su dengan mak su tak suka. Nanti mereka marah kak Hana macam dulu." ujar Syahrul sambil bermain dengan tali begnya.

"Nanti mereka pukul kak Hana macam dulu." gumam Syahrul perlahan.

Hana tersenyum kelat. Memori itu mungkin satu memori buruk untuk Syahrul tetapi tidak bagi Hana. Apa yang berlaku padanya suatu ketika dahulu merupakan pendorong untuk dia jadi Hana yang sekarang.

" Kenapa kak Hana tak telefon polis? Mereka kan jahat. Mereka yang buat papa sampai sakit." kata Syahrul lagi.

Sretttttt!!!

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now