"Kenapa ni?" soal Tariq prihatin. Dari dia nampak yang Hana bagai teragak-agak.
"Ariq.. Apa pendapat awak kalau saya nak teruskan pengajian saya dekat Amsterdam?" soal Hana.
"Tak boleh ke awak sambung dekat sini saja? Jauh sangat Hana, kita pulak baru saja bercinta. Entah macam-macam dugaan lagi yang kita kena hadapi."
"Tapi kita boleh video call. Kan dah ada kemudahan sekarang." cadang Hana.
"Awak pun kena tahu yang saya ni doktor. Waktu saya tak flexible , mungkin waktu awak tengah lapang kemudian saya pulak sibuk. Hubungan kita tak akan berjaya Hana." kata Tariq berkeras menegakkan pendapatnya.
"Kira sama jugak kalau saya study sini. Awak tetap sibuk jadi apa bezanya?"
"Bezanya awak masih di Malaysia. Saya tetap boleh jumpa awak waktu saya tengah lapang tapi bila awak dekat sana mestilah susah. Beza waktu pun ketara." jawab Tariq. Mempertahankan hujahnya lagi.
"Mula-mula mungkin kita akan saling memahami tapi sampai bila? akan ada salah faham, akan ada yang tak puas hati dan mengakibatkan kita bergaduh. Saya tak nak macam tu, Hana. Saya tak percaya cinta jarak jauh ni akan berjaya." sambung Tariq lagi.
Hana mengetap bibir. Dia pun tak nak jauh dengan Tariq. Tapi dia tak ada pilihan lain selain itu, kenapa Tariq susah sangat nak bertolak-ansur.
" Saya sayang awak Ariq. Tak boleh ke awak cuba consider? Saya perlu teruskan untuk buktikan pada semua orang yang saya mampu menguruskan syarikat peninggalan daddy." pujuk Hana.
"Hana.."
"Saya ada sebab kenapa saya perlu teruskan Ariq." pintas Hana dengan mata yang berair.
"Apa? Cuba awak terangkan pada saya."
"Sebenarnya--"
" Ariq.. Ummi panggil minum petang." sampuk Husna mematikan perbualan antara Hana dan Tariq.
"Kenapa kau ni selalu saja menyampuk? tak nampak ke aku tengah berborak dengan Ariq ni?" marah Hana tanpa sedar. Dia dahlah serabut lepas tu tiap kali nak buka cerita ada saja yang menganggu.
Geram!
Bengang!
Nak-nak tengok wajah selamba si Husna. Langsung tak rasa bersalah!
"Hana.. perlu ke tengking macam tu? Mungkin Husna tak ada niat. Yang awak ni nak marah sangat kenapa?" tegur Tariq.
" Hah, bela lah dia. Dah terang-terang dia salah lepas tu awak nak salahkan saya pulak!" balas Hana dengan nada yang sedikit tinggi.
Hati dia kian mendidih mendengar teguran si kekasih.
" Hana.. I mintak maaf. I tak sengaja nak menyampuk."
" Tak sengaja?" soal Hana dengan sinis.
"Apa kecoh-kecoh ni?" tegur Sufi mendekati mereka bertiga. Pelik melihat masing-masing tegang saja muka.
"Saya tak sengaja mencelah perbualan Hana dengan Ariq, Sufi. Saya cuma nak panggil minum petang sebab ummi kan dah siapkan minum petang." ujar Husna dengan riak serba-salah.
"Itu je? Ala Hana chill la. Tak kan benda kecil macam itu pun nak marah? ish kau ni perangai macam budak-budak lah." kata Sufi seraya mahu memaut lengan Hana namun ditepis kasar oleh sahabatnya.
"Sejak dia ni muncul kau dah tak macam dulu Sufi! sekarang ni kau nak sebelahkan dia pulak!" balas Hana dengan penuh emosi.
"Apa yang kau merepek ni Hana? Mana ada aku sebelahkan dia? aku masih macam dulu weh, tak pernah berubah pun." sangkal Sufi.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Roman d'amour" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...