🖋️BP 10

6.2K 335 51
                                    

Hana memejam rapat matanya kemudian membuka kembali dengan lelehan airmata.

Peristiwa hitam itu tidak pernah sehari pun dia lupa.

"Kesan dari kemalangan tu, kaki aku lumpuh. Aku ambil masa selama 2 tahun untuk kembali normal dari segi mental dan fizikal. Tak mudah bagi aku, Riq. Semua berlaku dengan pantas di depan mata aku." sambung Hana.

"Setiap malam tidur aku tak pernah tenang. Rasa bersalah dan terkilan tak pernah hilang menghantui aku. Sebab itu aku bersumpah akan balas balik apa yang mereka buat pada aku. Dari sekecil-kecil hama sampai lah sebesar gajah sekalipun." berubah intonasi suara Hana.

Nampak benar yang dia sangat berdendam dan akan mengotakan kata-katanya.

" Jadi.. Luka ni kau dapat sebab pak su kau? Dia hantar orang untuk bunuh kau?" soal Tariq dengan tenang.

Mahu saja dia kesat airmata yang mengalir dari pipi wanita itu.

"Dia nak syarikat daddy tapi dia tak boleh nak kaut semua sebab aku kan masih hidup. Apa lagi tindakan yang dia boleh buat selain lenyapkan aku terus? dulu dia gagal dan sekarang mesti akan jalankan balik misi dia. To be exact, if i accept you. You will be the most weakness i ever had and he will threated me with those."

Tariq memeluk tubuhnya. Lega apabila Hana memilih untuk meluahkan segalanya biarpun dia tahu masih ada sesuatu yang Hana masih simpan.

" Apa yang susah sangat Hana? Bunuh saja si keparat tu." cadang Tariq dengan nada dingin dan annoying.

" Dan biar dia mati dengan senang?" Hana ketawa mengejek. Tajam mata dia memandang Tariq yang memberi cadangan sebegitu.

" Jadi macam mana dengan tahap kesihatan kau sekarang? Kau tak pergi jumpa psikiatri ke?"

"Yang tu kau tak perlu nak ambil tahu. Sekarang ni kau dah tahu sebab kenapa aku jadi macam ni kan? Jadi aku harap kau tak perlu lagi ganggu saya."

"How about we became friend?" cadang Tariq.

"Ariq.. kau--"

" Aku akan bantu kau, Hana. Aku akan pastikan yang aku ni bukan satu kelemahan untuk kau takuti."

Hana diam. Masih lagi memikirkan cadangan yang diusulkan oleh Tariq.

"Kalau aku tak dapat nak jadikan kau yang teristimewa untuk aku, berkawan pun sudah cukup untuk aku. Izinkan aku tebus salah aku yang dulu, Hana. Aku nak berjuang dengan awak." sambung Tariq dengan serius.

Dia betul-betul memaknakan kata-katanya.

" Aku tak tahu.."

"Just friend, Hana. Aku tak akan tuntut apa-apa dari kau." pujuk Tariq tanpa putus asa.

"Just friend?" soal Hana sekali lagi.

"Yes, just friend." tekan Tariq.

Buat masa sekarang, Hana.

"Okey." putus Hana. Mungkin Tariq dapat bantu dia untuk lunaskan segala hutang pak sunya dengan lebih cepat. Siapa tahu kan?

Tariq tersenyum kemenangan. Berpuas hati biarpun hakikatnya dia mahukan lebih dari itu.

Usai sesi meluahkan rasa, Tariq segera keluar dari wad yang didiami oleh Hana dengan senyap setelah wanita itu terlena kesan daripada ubat yang baru saja dia suntik.

"Haq!! Doktor Haq!!" panggil satu suara yang Tariq sangat mahu jauhi.

Namun dia tidak sampai hati mahu menjatuhkan maruah wanita itu didepan orang jadi dia memilih untuk menunggu.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now