"Kau jangan ingat kau dah menang permainan ni Hana.. Jangan lupa yang aku tahu kelemahan kau."
Ugutan Dato'Razali terngiang-ngiang di kepalanya sebelum lelaki itu diseret keluar oleh pihak polis.
Sedikit sebanyak dia terasa gugup mendengar ugutan lelaki itu kerana dia tahu pak sunya mampu melakukan semua itu biarpun berada di dalam penjara.
"Ouch, perlahan la sikit Ariq." desis Hana kesakitan.
"Tahu pun sakit. Yang pergi buat stunt macam tu dah kenapa? Kenapa lah kau ni tak reti nak duduk diam-diam. Jantung aku ni tak habis lagi terkejut tahu tak." marah Tariq dengan mata yang masih lagi fokus kepada dahi Hana.
"Aku kena buat macam tu. Baru boleh sumbat dia dalam penjara. Lagipun aku dah dapat rakaman suara dia dan dia sendiri dah mengaku. Puas hati aku, ouch!"
"Aku tahu..tapi perlu ke sampai cederakan diri sendiri. Tengok sini bibir tu, haih kan dah luka. Lebam pulak tu. Aku risau tahu tak Hana Saffiya."
"Sorry." jawab Hana perlahan. Dia mana nak fikir ada orang akan risaukan dirinya, yang dia fikir nak bagi hidup keluarga pak sunya huru-hara.
"Sudah-sudah lah tu, acik. Dari dapur tu ha dengar suara acik membebel kalah makcik-makcik dekat Hana. Ibu yang dengar ni pun dah naik berdesing telinga inikan pula si Hana." tegur Puan Norlela sambil menatang dulang berisi air.
"Terkejut tahu tak bila Hana call kata ada depan rumah. Bertambah terkejut acik jadinya bila dia ni datang dengan dahi dan bibir berdarah macam tu. Sudahlah hari tu jumpa acik pun cedera kena pisau, kesimpulannya, asal jumpa acik je minah ni luka-luka." Tariq sambung bebelannya.
" Habis tu dah namanya doktor, mestilah dia jumpa acik. Kalau acik tu driver bas, tak adanya dia nak tadah muka kat acik." bidas Puan Norlela lagi.
Tariq mendengus kasar.
Nak balas kata, itu syurganya!
Hana ketawa kecil. Rasa terbuai pula dengar bebelan Tariq biarpun dari tadi lagi lelaki itu tak habis-habis memarahinya.
Dia tahu Tariq risau dan dia rasa sangat dihargai ketika itu. Bila dia bersama Tariq dia rasa selamat, rasa ini sama dengan rasa waktu dia bersama Zhaq.
Rindu kepada lelaki itu kian menggunung, manalah lelaki itu menghilang selama ini.
"Hana.. Hana Saffiya!" sergah Tariq apabila melihat Hana seolah karam dalam perasaan sendiri.
"Ish, apa kau ni? terkejut aku."
"Kau ni kenapa? Teringatkan siapa sampai aku panggil pun tak menyahut?" soal Tariq berbaur cemburu.
"Acik.. tengok tu, macam itu gayanya melayan kekasih? kasar sangat ni kenapa?" tegur Puan Norlela.
Dia hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja, penat nak bebel benda yang sama kepada anak bongsunya itu.
Perangai tak berubah walaupun usia dah masuk 30an.
" Hana dengan dia kawan je ibu. Tak nak lebih-lebih. Boleh sakit hati je nanti."
"Ha..Iya lah tu. Minum air ni dulu. Memang patut pon Hana tak nak dia ni bukan nak reti langsung jaga hati perempuan."
Hana ketawa kecil. Rasa seronok tengok gaya mak dengan anak bergurau macam tu.
Dia dengan mummynya sama macam tu jugak, dia lebih suka mengusik dan bergaduh manja begitu manakala daddynya akan bertindak menjadi pendamai. Tanpa sedar matanya sudah bergenang teringatkan arwah.
Selama dia balik ni, tak pernah sekali pun lagi dia ziarah kubur mummy dan daddy.
Sibuk sampai tak ada waktu.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...