🖋️BP 02

6.6K 356 12
                                    

Bunyi dentingan sudu dan garfu kedengaran di halwa telinga Hana yang baru sahaja turun dari bilik. Dengan muka selamba dia duduk di kerusi yang telah tersedia di meja makan, tidak peduli kehadirannya mengundang rasa tidak senang oleh mereka yang ada di situ.

"Rumah ni ada peraturan yang kau kena ikut. Jangan suka hati je redah. Tolong jangan bawak budaya luar negara kau dekat sini. " tegur Delisha dengan nada sindiran.

"Oh ya? setahu i, tak pernah pula ada rules dalam rumah ni. Pelik juga tiba-tiba orang lain duduk kemudian ubah sana sini ikut sedap dia orang kan." balas Hana dengan senyuman sinis. Sempat dia melihat muka Delisha yang tidak berpuas hati.

"Wow!! i'm impress! steak at early in the morning? Wonderful lifestyle!" perli Hana tiada berkesudahan sebaik saja melihat makanan yang terhidang di hadapan matanya.

"I tak makan steak pagi-pagi. I nak mee goreng, you pergi sediakan untuk i." arah Hana kepada pembantu rumah yang sedang menyediakan makanannya dengan selamba.

"Makan apa yang ada. Jangan nak memandai ubah apa yang dah diatur." Datin Suraya menegur dengan senyuman yang sengaja dimaniskan.

"Apa boleh buat mak su, I tak makan benda ni even i stay dekat oversea bertahun-tahun, i still tak boleh nak adapted western style not like you all. Tekak i tekak orang melayu dan i tak reti nak fake-fake untuk jadi orang lain." sempat lagi Hana memerli. Tidak peduli dengan muka  Datin Suraya yang sudah berubah.

Bunyi sudu dan garfu diletakkan ke atas meja membuatkan semua memberi tumpuan kepada empunya diri yang sedari tadi hanya diam menjadi pemerhati.

" Ikut aku." arah Dato' Razali kemudian menuju ke bilik bacaan.

Hana mendengus kasar namun dia memilih untuk mendengar arahan pak sunya. Mata meliar memandang dekorasi bilik bacaan yang dulunya menjadi milik arwah daddy, Hana ketawa pahit. Mudah sungguh manusia berubah hanya kerana harta, lihat saja bukti yang ada dihadapan matanya.

"Aku memang tahu yang kau sampai ke Malaysia semalam. Cuma aku tunggu saja bila kau nak muncul depan aku, so far not bad as amateur." sinis Dato' Razali.

"Thanks for the compliment. Kiranya kehadiran i ni ada impak juga pada you sampai you pasang orang perhatikan gerak-geri i."

"Aku tak sangka kau boleh hidup, Hana. Panjang nyawa kau rupanya, kau buat aku lagi seronok bermain permainan ni."

Hana menahan amarah. Ikutkan hati mahu saja dibunuh bapa saudaranya itu tetapi sengsara yang dia rasai. Sakit yang dia tanggung membuatkan dia rasa kematian lelaki itu sangat mudah.

" Hana.."

Tanpa rasa takut dia menentang pandangan mata Dato'Razali. Mencabar lelaki itu dalam diam, mahu melihat dan mendengar bicara lelaki kejam itu kepadanya.

"Kau bebas buat apa saja yang kau mahu. Tapi kau kena ingat, nama kau sebagai pewaris AsianSpace dah gugur 6 tahun yang lepas. Kau dah mati dimata mereka semua, kau dah tak wujud Hana Saffiya.."

"Tak perlu cakap banyak, i bukan ingat pun segala mak nenek yang you cakapkan dekat i. For your information, i tak berminat pun dengan harta-harta tu semua. Lagipun semua tu dah jadi milik you, i cuma nak hidup i tenang tanpa gangguan. You faham kan maksud i?"

" Oh yeah? Unbelievable!"

Hana dapat lihat riak wajah paksunya yang seakan tidak percaya dengan kata-katanya dan dia nampak senyum sinis yang dilemparkan oleh lelaki itu.

"Kalau tak berminat kenapa kau munculkan diri?" soalan Dato' Razali membuatkan Hana ketawa sinis.

"Why should'nt i? pak ngah tengah sakit kan, so tak kan i nak tunggu sampai pak ngah dah tak ada baru i nak balik?" jawab Hana dengan berani. Langsung tidak takut bertentang mata dengan pak sunya itu.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now