"Jangan takut.. Semua dah berakhir, stop trembling yourself." tegur Tariq apabila melihat keadaan Hana.
Emosi wanita itu masih belum lagi stabil, jelas masih ketakutan dan trauma dengan apa yang terjadi.
Dia nampak yang Hana memberi pandangan sayu kepadanya lantas dia menghampiri Hana dan duduk di birai katil.
" Siapa awak?" soal Hana padanya dengan riak ketakutan.
Belum bersedia untuk menerima sebarang layanan daripada orang asing.
"Zhaq. Aku yang selamatkan kau." jawab Tariq dengan tangan yang masih berada di dalam saku seluar.
"Apa jadi pada kawan-kawan saya yang lain? betul ke mereka dah--"
"Mereka tak sempat diselamatkan. Mayat yang terbakar dihantar ke post-mortem untuk kenalpasti identiti. Hanya kau yang terselamat." jelas Tariq tanpa selindung.
Dia nampak tubuh Hana kembali menggigil.
"Aku cuma nak tanya kau, berapa lama kau nak macam ni? Tak rasa kesian ke pada yang dah berkorban untuk kau?"
"Apa yang kau--"
"Rasa bersalah tu perlu tapi kau kena bangkit, Hana. Berapa lama kau nak terbaring lemah macam ni? Kau nak tengok ke pengorbanan mereka jadi sia-sia? Kau kena kuat! Lawan perasaan lemah kau tu!"
Tariq tahu yang kata-kata dia kasar dan agak keterlaluan, dia nampak Hana mengenggam penumbuk dengan bibir yang diketap marah dengan kata-katanya.
Tapi niat dia hanya satu!
Dia nak Hana kembali menjadi Hana yang dulu.
" Kau tak faham! depan mata aku semua tu jadi, aku yang ada dalam situasi tu. Kau jangan expect aku akan kuat dan act macam tak ada apa-apa jadi, aku ni manusia tahu tak." balas Hana dengan renungan tajam.
"Habis tu? kau nak meratap dan menangis berapa lama? kau tahu tak yang kau tu useless sekarang? kaki kau lumpuh, kau tak boleh bergerak sesuka hati kau. Hati kau ada jangkitan, tapi kau.. kau tak nak buat apa-apa rawatan. Kau ibarat bunuh diri tau tak? biarkan diri kau terus sakit tanpa ada niat nak terima rawatan!" tengking Tariq.
Rasa sakit dihati apabila mengucapkan kata-kata yang kasar pada Hana tapi dia geram!
Hana seakan menyerah dan mengalah dengan takdir.
Semua rawatan yang perlu Hana lakukan semuanya di tolak oleh wanita itu. Ubat juga terpaksa di suntik ke dalam Iv drip kerana Hana tidak mahu makan.
Dia rela menahan sakit daripada menerima sebarang rawatan.
" Enough!!" Hana menekup telinganya.
" Kau tak rasa ke diri kau menyusahkan orang lain? makan minum nak kena jaga, nak pergi toilet pun nak kena ada orang guide. Kau tak ada rasa keinginan nak pulih ke Hana?"
"Enough!! kau keluar sekarang!"
"You know what, kau lemah. Kalau kau tahu yang kau tak kuat nak hadap kematian mereka, kenapa kau larikan diri? kau pentingkan diri, Hana. You are nothing but a selfish person!"
Pang!!
Tariq memegang pipinya yang terasa pijar.
Dia tersenyum sinis dengan reaksi Hana.
" Kau tak tahu apa-apa jadi kau tak perlu nak judge aku. Keluar sekarang! " tempik Hana dengan tangan yang menggigil.
" Depan mata aku, mereka rogol Dewi tanpa belas ihsan. Depan mata aku mereka pukul, dera tak kira waktu! depan mata aku!! depan mata aku tengok semua orang mati!! kau ingat mudah ke untuk aku? kau tak hadap semua tu!"
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...