🖋️BP 07

5.9K 316 15
                                    

6 tahun yang lalu..


Dato' Razali menghempas fail berkenaan wasiat ke atas meja dengan kuat dan mengejutkan semua orang yang ada di situ termasuklah Hana.

"Kau kenapa ni Li? Tak puas hati lagi pasal wasiat tu ke?" soal Dato' Mustafa. Kepala digelengkan beberapa kali melihat tingkah adiknya sejak bacaan wasiat dijalankan.

Entah apa yang tak puas hati sangat!

"Mesti lah! Tak guna punya abang! Dia tak fikir langsung dekat adik-adik dia. Syarikat tu dia boleh bagi dekat anak dia yang tak tahu apa-apa tu? Eh, dia bodoh ke apa?" cemuh Dato' Razali tanpa rasa bersalah. Seolah-olah Hana tiada di situ.

Mengucap panjang Dato'Mustafa dengan kata-kata adiknya.

Apa yang merasuk fikiran dan hati lelaki itu sampaikan tiada langsung rasa sedih atas apa yang berlaku kepada abang mereka.

Hana yang mendengarkan kata-kata itu sudah menggelegak marah namun dia masih simpan rasa sabar. Dia tidak mahu ada pertengkaran di dalam rumah milik arwah daddy dan mummynya.

Tapi dia tak boleh nak mengelak daripada rasa kesal dengan perangai pak sunya. Umpama tidak rasa apa-apa dengan kehilangan si abang. Malah ditempelaknya si abang kerana harta yang diagihkan tidak cukup dimata.

Tamak!

" Banyak-banyak lah bersyukur, Li. Kau dah dapat bahagian kau, jadi kau kena terimalah. Kau pun bukan tak berduit langsung. Yang kau hamunkan tu abang kandung kau! Sedar sikit!" tekan Dato' Mustafa. Cuba untuk menenangkan si adik yang jelas kepanasan akibat marah.

" Kau senang lah cakap! Dari dulu lagi dia tu selalu nak menang. Dulu waktu arwah mak dengan abah ada pun, mereka asyik bandingkan dia. Sikit-sikit dia! sampai dia dapat lebih bila mereka mati! semua kaut dekat dia!"

" Banyak mengucap Li. Apa yang dah rasuk kau sampai macam ni? Allah.. sedih aku dengan perangai kau ni. Kita ni bukan ada adik beradik lain dah Li, sekarang ni yang tinggal kita dua ja. Tak usah kejarkan harta sangat, kebajikan Hana tu yang kita kena jaga. Dah jadi tanggungjawab kita." nasihat Dato' Mustafa.

Hana tersenyum kelat tatkala Syahrul memegang tangannya, bagai mengerti gundah yang ada dihatinya.

Nak harapkan sepupunya yang lain?Hmm..masing-masing sudah hilang sebaik sahaja bacaan wasiat dilakukan.

Sedih bila melihat tingkah si bapa saudara, kubur pun masih lagi merah tapi pak sunya tidak segan-segan tunjuk belang sebenar kepadanya.

" Ahh!! aku tak peduli! Mesti ada yang tak kena dalam wasiat tu. Aku nak pergi jumpa peguam tu sekarang jugak!" lantang Dato' Razali bersuara. Terus bangun berlalu dari situ.

Tidak cukup dengan itu, pasu bunga yang berada di sebelah pintu dia tendang sampai pecah habis.

Hana gigit bibir menahan rasa marah.

"Hana.. Jangan ambil hati ye dengan pak su. Dia tengah serabut tu, syarikat dia sekarang ada masalah sikit. Itu yang dia lepas dekat sini. Pak su tak berniat tu Hana." pujuk Dato' Mustafa dengan lembut.

Hana mengangguk kecil. Dia bukan budak-budak untuk tidak faham apa yang tengah berlaku sekarang. Cuma dia tidak mahu serabutkan kepala otak yang sudah sedia serabut dengan segala benda.

Tiba-tiba dia hilang tempat bergantung dan dengan tiba-tiba dia terpaksa menggalas beban yang berat mengantikan si ayah.

"Hana pergi rehat dulu. Malam ni akan ada tahlil untuk arwah mummy dengan daddy. Rehatkan badan dan tenangkan hati tu ye. Ingat pesan pak ngah ni, apa pun jadi.. Hana dah jadi anak pak ngah, pak ngah nak Hana kuat dan ingat yang Hana masih ada pak ngah." pesan Dato' Mustafa.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now