"Abang?"
Sufi bermain dengan jari jemarinya dengan hati yang agak gementar dengan respon yang ditunjukkan oleh suaminya.
"Abang marah Sufi ke?" desak Sufi. Tidak keruan dengan Thakif yang tidak bersuara sejak mereka masuk ke dalam rumah.
"Abang?" panggil Sufi sekali lagi.
"Sufi sedar tak apa yang Sufi dah buat?" soal Thakif.
"Apa yang Sufi dah buat? cuba abang terangkan pada Sufi." soal Sufi kembali.
Dia tak faham.
Thakif melepaskan keluhan kecil. Dia menarik tangan Sufi dan mengenggam erat tangan itu.
Mengumpul segala kesabaran dan mencari kata-kata yang sesuai untuk menegur Sufi tanpa menyakitkan hati isterinya.
"Abang faham Sufi nak yang terbaik untuk acik tapi cara Sufi ni salah."
"Apa yang salah?" celah Sufi tanpa ragu.
"Sufi rasa Husna tu terbaik ke untuk acik?"
Sufi hanya mengangguk tanpa kata dan nampak yakin dengan pendapatnya sendiri.
"Itu anggapan Sufi. Tapi apa pula kata acik? abang rasa acik jelas-jelas dah terangkan yang dia tak boleh terima Husna. Perasaan tak boleh dipaksa-paksa, sayang."
"Tapi kita boleh cuba." protes Sufi tidak berpuas hati.
"Sekarang abang nak tanya. Kenapa Husna? Kenapa Sufi tak kenenkan acik dengan orang lain kalau Sufi dah tahu yang acik tak boleh terima Husna. Sufi cakap Sufi nak acik bahagia, Sufi boleh je carikan calon lain untuk acik. Mana tahu, hati acik terbuka untuk orang lain. Tapi Sufi masih juga tak putus asa untuk bantu Husna. Jadi abang nak tanya kenapa Husna?"
Soalan Thakif menyentak tangkai hati Sufi yang tadi yakin untuk menjawab setiap pertikaian dan soalan suaminya.
" Ke sebab Husna tu kawan Sufi, selalu layan Sufi yang buat Sufi tekad nak satukan acik dan Husna tanpa putus asa? Sebab Sufi takut..kalau Sufi tak buat macam itu ,Sufi akan hilang Husna pulak? macam Sufi hilang Hana?" tebakan Thakif seakan mengena setelah dia melihat ada perubahan di wajah isterinya.
"Abang.."
"Sufi tahu kan perbuatan Sufi tu satu perbuatan yang pentingkan diri? Sejak bila isteri abang jadi macam ni? tak cukup ke perhatian yang abang bagi selama ni sampai Sufi berubah jadi selfish macam ni?"
"Sufi tak.. abang, Sufi.." tergagap-gagap Sufi mahu membela diri.
"Sufi dendam dengan Hana sebab hilang tanpa khabar berita. Sufi terlampau selesa dikelilingi orang-orang yang sentiasa dahulukan Sufi, care pasal Sufi sampai bila Hana hilang tanpa jejak Sufi rasa yang Hana dah buang Sufi. Sufi marah! Sufi benci bila Sufi rasa hanya Sufi yang hargai persahabatan Sufi dengan Hana tapi Hana senang-senang je buang Sufi. Betul tak apa yang abang cakap ni?"
Thakif melepaskan keluhan berat tatkala nampak airmata isterinya mengalir laju.
Terus saja tubuh Sufi didakap erat sambil tangan mengusap kepala isterinya dengan kasih sayang.
" Sayang.. apa pun alasannya, Sufi tak ada hak nak tentukan siapa yang terbaik untuk acik sebab bukan kita yang ada ditempat acik. Kalau kata acik yakin bahawa Hana adalah orang yang terbaik untuk dia, tugas kita sebagai keluarga. Sebagai orang yang nak tengok acik bahagia ialah dengan bagi sokongan dan cuba terima pilihan hati dia." pujuk Thakif lembut.
" Sufi minta maaf.." serak suara Sufi menuturkan kata maaf dengan tangisan yang masih lagi bersisa.
" Bukan pada abang.. Pada acik dan Hana. Sayang.. cuba hampiri Hana, selami hati dia, tanya dia dengan fikiran dan hati yang lapang. Abang yakin yang Hana mesti ada sebab, sayang tahu kan..yang kita tak boleh dengar sebelah pihak saja, abang bukan tak suka Sufi berkawan dengan Husna dan abang tak larang pun tapi abang dah jumpa banyak orang dan hari-hari macam-macam perangai yang abang nampak."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL PAIN (OG)
Romance" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang ada dalam hati aku ni.. Jauh mana pun aku cuba lari, sesusah mana pun aku cuba melupakan kau.. Still...