Bab 1

392 20 0
                                    

Aduhai, apahal laaa bingit sangat kelas ni? Stres tau aku nak belajar, dahlah aku tengah buat addmath.

Tiba tiba, kerusi sebelah aku ditarik. Aku sangkakan Atiqah, kawan baik aku tu yang duduk sebelah aku., sekali tengok rupanya mamat pengacau ni pulak.

Adeh apalah dia nak ni?

Mamat sebelah aku dah sengih sengih macam ada plan something dalam kepala dia. Risau pulak aku.

"Em kenapa duduk kat sini? Pergilah duk kat tempat sendiri. " Aku tanya dia sambil mata aku masih dekat soalan addmath yang tak terjwab lagi tu. Sumpah susah beb soalan tu.

"Takya buatlah lia. Aku pun tak siap lagi soalan ni. Chill je," ujar mamat tu.

Ouh lupa, nama mamat tu Mikail Ashraf bin Zainudin. Daripada form 4 baru kitorang start sama kelas. Itupun masa form 5 barulah nak bertegur sebab masa form 4 tu tak rapat sangat and dia pun takde nak tegur aku.

Tapi sebab satu peristiwa ni, aku dengan dia boleh dikira macam member kawtim jugaklah.

Satu je benda aku tak suka pasal dia ni, Mikail ni selalu kacau aku pastu mulut dia suka maki maki orang lain. Aih apalah nasib badan dapat kawan macam ni.

"Nanti kalau cikgu rogayah mintak kejap lagi, jangan mintak orang lain punya buku eh?"

Dia tergelak kecil bila dengar aku tegur dia macam tu. Aku taulah dia tak suka addmath,yang sibuk nak masuk kelas ni pehal.

Tetiba, tangan Mikail cepat cepat tarik pen yang aku tengah guna daripada tangan aku.

Hasilnya, ada contengan buruk pada buku latihan addmath aku tu.

"Weyh, Mikail janganlah kacau aku. Kan aku tengah buat kerja ni, tak nampak ke?" Aku tahan suara aku supaya tak didengari classmates aku yang laindan guru ganti yang tengah duk kat depan kelas tu.

"Taknak," Sambil jelir lidah pulak tu dia cakap macam tu dekat aku. Aih, darah aku dah mendidih ni. Jangan sampai kasut aku yang saiz 9 ni sampai dekat muka dia ni.

Tiba tiba....

"Woi beralihlah, tempat aku tu. Pi duk kat tempat kau tu laa!" Jerit Atiqah yang baru masuk kelas. Dia keluar kelas tadi sebab pergi tandas. Adalah hajat dia tu pi tandas, jangan tanya dia dia buat.

Atiqah yang baru sampai dekat tempat aku tu, bercekak pinggang sambil menjegilkan mata dia dekat Mikail.

Tapi hampeh, si Mikail ni buat bodoh je sambil conteng meja aku guna pen dia rampas daripada aku tadi.

"Woi, pekak ke kau ni?!" Suara Atiqah bergema di dalam kelas itu. Aku memandang ke arah Atiqah yang masih sedang bercekak pinggang di hadapan Mikail.

Ouh lupa, cikgu ganti tadi dah pergi tandas, so takde sapa yang tegur budak dua orang ni.

"Rileklah Tiqah, aku nak duduk sekejap pun tak boleh. Kambing betul," selamba je muka Mikail menjawab dekat Atiqah.

Fuh, aku dah nampak dah asap keluar daripada telinga si Atiqah tu. Lelebih kan aku ahahahaha.

Aku yang rasa perang dunia akan berlaku terus memandang Mikail.

"Mikail, pergilah balik tempat kau tu. Janganlah degil," pujuk aku.

"Heh, memang kambing betul lah. Duduk kejap pun takleh. Blaaa laa," Mikail senyum sinis sambil blah dari tempat duduk Atiqah.

Atiqah jeling sambil senyum kemenangan.

Dan Mikail pulang ke tempatnya dengan wajah yang masam.

*****

"Lia, mehlah ikut aku. Jomlah naik ni," ajak satu suara. Aku tak nampak pemilik suara tu tapi aku ikut je suara tu.

Macam kenal suara tu. Abaikan seketika.

Tiba tiba, aku tengok aku dah ada kat puncak tangga. Ya Allah, aku ni dahlah takut tinggi. Bantulah aku sesiapa.

Tetiba, ada tangan yang sanggup goyangkan tangga tu. Rupanya tu tangan...

Mikail!

"Weyh, janganlah! Kalau aku jatuh cam mana?!" Marah aku. Tapi, mikail tu buat derk je and sambung aktiviti dia tu.

"Mikail! Tak dengar ke bebal?! Aku kata stop tu stop jelah!!!" Jeritan aku tu buatkan tangan mamat tu berhenti goyangkan tangga tu.

And mamat tu terus pi dekat satu kerusi. Muka dia mencuka sebab aku marah dia.

Aku pun tak sampai hati tengok dia macam tu terus pujuk dia.

Tetiba aku ternampak satu patung bear sebelah aku. Aku amik dan...

"Hai pakcik mika! Kenapa muka merah ii ni? Nak cendol ke?" Aku mengajuk suara kartun sambil bercakap kepada Mikail menggunakan bear tu.

Aku nampak muka Mikail senyum. Maybe dia terpujuk. Dia pandang aku. Senyum manis. Aku pun senyum kat dia.

KRINGGGGGGGGGGGGGG!!!

Asal ada bunyi loceng jam ni?

Terus aku bangun.

Lahai mimpi ke? Nasib bukan betul betul? Fuh selamat.

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now