Bab 23

115 15 4
                                    

5 tahun kemudian~



Aku membuka mata tatkala mendengar bunyi loceng yang membingitkan telinga aku. Aku mencapai fon aku di bawah bantal.

Aku menghidupkan fon aku. Mata aku automatik tertutup apabila cahaya terang dari skrin fon memancar.

Aku melihat jam dia skrin fon aku. Hmm dah pukul 6.00 pagi.

Aku terus bangun daripada pembaringan. Tuala di pintu dicapai.

Selepas beberapa minit mandi, aku terus mengambil air wuduk.

Selepas siap memakai baju, aku memakai telekung lalu aku terus menunaikan solat subuh.

Usai solat, aku menadah tangan. Berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa rakan-rakanku, serta dosa seluruh umat islam. Ya Allah, kau halalkanlah segala rezeki yang telah Kau limpahkan kepadaku. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat kelak. Kau juga berikanlah kesihatan yang sempurna kepadaku, Ya Allah,"

Aku berhenti seketika.

"Ya Allah, Kau dekatkanlah dia denganku jika dia jodohku, Ya Allah. Selama 5 tahun ni, aku menunggu dia, tapi tiada khabar berita langsung Ya Allah,"

Aku menjadi sebak.

"Ya Allah, hanya kau tempat aku mengadu nasib. Ya Allah, kau dengarkanlah doa ku ini, Aaminn Ya rabbal al-amin,"

Aku meraup muka ku setelah habis berdoa.

Ya, selama lima tahun ini aku menunggunya, tapi tiada langsung khabar berita daripadanya. Aku dipermainkankah? Janji itu semuanya palsu?

Aku menggelengkan kepala. Lantaklah! Lagi baik aku pergi masak sarapan.

___________________________________________



Aku memarkirkan kereta perodua myvi di tempat letak kereta guru.

Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjadu guru kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangi.( Sis pakai reka je nama sklh ni, #jgn kecam sis)

Selepas spm, aku melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi. And masa aku dekat matriks, mama dan papa aku berpindah ke rumah di Kedah. Sepatutnya masa aku SPM , kitorang dah berpindah tapi disebabkan aku masih SPM, rancangan nak  berpindah dibatalkan.

Kemudian, aku melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan. Almaklumlah, aku bercita-cita nak jadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi. Alhamdulillah tercapai. Kini, aku bekerja menjadi guru mata pelajaran Kimia. Mata pelajaran favourite aku!

"Ehh Liaa!"

Aku yang baru keluar dari kereta mencari siapa yang memanggilku.

"Eh kak Nana" sapaku pada Kak Nana yang juga guru di sekolah ini. Kak Nanalah orang yang pertama menegurku dan menjadi rakan guruku di sekolah ini.

"Lawanya Adlia harini!" Tegur Kak Nana.

Aku tersipu malu. "Mana ada Kak Nana, kita bishe-bishe je,"

Kak Nana tergelak kecil sambil menutup mulut. Alahai, ayulah sangat!

Kami berjalan beriringan ke pejabat. Nak punch card , nanti kalau punch card lambat, kena cop datang lewat pulak nanti.

Kak Nana ni tua dua tahun je daripada aku. Sebab tulah kitorang ni boleh sekepala.

"Lia, nak tahu something tak?" Tanya Kak Nana sambil memandang sekeliling. Macam ada something je akak sorang ni...

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now