Dari tadi, satu soalan addmath pun aku tak buat. Sebab apa? Sebab mamat sebelah aku ni asyik nak mengacau aku je.
Sekejap dia curi pen aku, sekejap dia tendang-tendang kaki aku. Aih, sabar jelah adlia oi.
Nasib baik khairil ada. Kalau tak, dah lama Mikail kene maki dengan aku. Well, kita kenela tunjuk keayuan depan crush.
"Adlia,Mikail, aku nak pergi tandas sekejap," ujar Khairil sambil bergegas pergi ke tandas.
Aku terus menyelesaikan soalan addmath di depan mata aku sekarang ni.
"Lia, asal kau pandang khairil semacam je? Pastu senyum-senyum? Kau suka dia ke?" Banyaknya soalan kau wahai anak muda.
"First, Aku pandang dia sebab aku ada mata. Second, aku senyum sebab senyum itu satu sedekah. Last, aku suka dia sebagai idola dalam subjek addmath. Puas?" Jawapan paling munasabah yang dapat aku fikirkan waktu tu.
Yelah, takkan nak bagitau dekat mikail yang aku suka khairil. Matilah aku sebab rahsia terbongkar.
Aku nampak muka Mikail macam tak puas hati dengan jawapan aku.
Tiba-tiba, kerusi sebelah mikail ditarik seseorang.
Aku dan mikail memandang ke arah gerangan yang menarik kerusi tu.
Rupanya, Salina.
Salina merapatkan kerusinya demgan kerusi mikail. Allahu, aku rasa nak muntah tengok dia dekat sini sebab dia dah start gulung-gulung rambut dia guna jari sambil menelek wajah mikail.
"Mikail, apa you buat dekat sini? You belajar dengan Adlia ke? Kenapa taknak belajar dengan i je? Hm?" Penuh gedik sekali dia bertanya kepada mikail.
Aku menyambung membuat soalan addmath aku semula. Mikail pun menyambung membuat soalan addmath tanpa menghiraukan Salina di sisinya.
"Adlia, ni macam mana nak buat?" Mikail bertanya kepada aku soalan yang sudah diterangkan oleh khairil sebentar tadi.
Tangan salina terus menarik Mikail menghadapnya lepas dia sedar yang mikail tak layan dia. Aku nak marah tapi nanti akak pengawas marah pulak nanti.
"Mikail! You buat i dekat sini macam tunggul, tau tak? I tak suka you buat i macam ni," Naik nada suara Salina sambil memandang Mikail tajam.
Mikail merentap tangannya kasar dari pegangan tangan salina. Matanya mencerlung memandang salina.
"Eh salina. Kau tak payah nak jerit-jerit dekat sini boleh tak? Ni perpustakaan bukan jamban rumah kau. Huh! Aku tak layan kau sebab aku tak suka kau, faham?" Muka mikail menjadi merah kerana terlalu geram dengan salina. Aku rasa?
"Adlia, jomlah kita blah dari sini. Duduk sini nak study pun ada syaitan yang mengganggu," Aku dengar mikail mendengus geram.
Semasa kitorang tengah mengemas alat tulis dan buku-buku yang berselerak di atas meja, khairil baru sahaja pulang dari tandas.
"Eh salina, awak buat apa dekat sini?"tanya Khairil sambil tersenyum manis ke arah salina.
Hm, aku jealous ni! Salina ni karang, ada makan kasut aku ni karang!
"Eh khairil, i datang nak baca buku. I tengok diorg ada sekali, i join diorang. Tibaktiba je diorang nak blah, " kata Salina tanpa bersalah.
Minah ni karang!
"Woi! Sebab kaulah kitorang nak blah. Khairil, aku sambung esoklah. Harini aku rasa terganggu la nak belajar," Aku nampak mikail menjeling tajam ke arah salina yang sedang melihat kukunya yang berwarna warni tu. Ala bukan betul pun, fake je tu.
YOU ARE READING
BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]
Romance[Slow update] -My first romance novel- Tidak pula disangka rakan baiknya sendiri telah jatuh cinta kepadanya. Tetapi ADLIA JASMINE sedar mereka hanyalah budak sekolah sehinggalah.. "Aku akan balik dan akan terus masuk minang kau. Jadi aku nak kau tu...