Bab 16

110 15 0
                                    

Aku membulatkan mata melihat rumah mikail yang lebih besar daripada jangkaan aku. Mulut aku automatik melopong disebabkan terlalu kagum melihat rumah mikail.

"Tutup sikit mulut tu. Nanti lalat masuk kang, haa baru tahu," tegur Mikail yang sedang membuka gate .

Terus aku menutup mulut aku .

"Ash, ajaklah kawan masuk," teriak suara seseorang yang aku sangka, mungkin suara ibu Mikail.

Mikail menjemput aku masuk. Masuk sahaja ke dalam rumahnya, sekali lagi mulut aku melopong. Susunan perabot dan dekorasi dalaman rumah itu, kelihatan kemas dan moden.

"Haaa ni ke kawan Ash? Meh masuk rumah aunty ni..." Puan Hani mendekati aku . Aku terus menyalam tangannya sebagai tanda hormat. 

"Apa nama kawan ash ni?" Tanya puan hani kepadaku.

"Nama saya Adlia aunty. Panggil je lia. Kalau nak panggil ad pun boleh," Aku memberi senyuman ramah di akhir ayatku.

Puan hani tersenyum memandangku. Mikail pula sudah naik ke bilik. Mungkin hendak mengambil buku rujukan. Yelah, motif utama dia ajak aku pergi rumah dia sebab nak belajar. So, buatlah cara nak belajar.

"Haaa lia nak makan apa -apa dulu ke sebelum nak teman Ash keluar?" Aku membuat muka pelik. Aikk, teman keluar? Pergi mana? Bukan haritu kata nak belajar ke?

"Mikail ajak teman lia keluar?"

"Eh ash tak cakap dengan lia ke?" Puan hani pula membuat muka hairan.

Aku mengukirkan senyum yang dibuat-buat.

"Rasanya lia lupa kot aunty . Mikail ada cakap haritu. Lia lupa," Nak kena mikail ni!

Puan hani tergelak kecil. "So nak makan dulu ke? Aunty ada masakkan lauk ayam masak lemak cili padi, sayur campur, dengan sambal sotong," Terliur aku dengar lauk-lauk yang dimasak puan hani ni. Nak makan ke tak? Nak? Ke taknak?

"Orang dah ajak tu makan jelah," tegur Mikail yang baru turun dari tingkat atas.

Aku menjeling Mikail. Dahlah tak bagitahu nak keluar. Aku pakai baju t-shirt lengan panjang biasa dengan seluar jeans je. Nasib kaulah kalau orang kata kau keluar dengan orang tak berfesyen.

"Okaylah aunty . Lia makan," Puan Hani tersenyum lebar.

"Ash, teman lia makan. Ibu nak tengok tv kejap. Drama korea ibu dah nak start," Aku tergelak kecil.

"Wahhh, aunty pun minat drama korea? Lia pun minat ," nada aku menunjukkan aku begitu teruja sekali. Yeah, ada geng!

Puan hani tersenyum malu. " haahlah, sejak aunty tengok drama scarlet heart haritu, terus aunty minat,"

"Woi nak aku teman ke tak? Asyik korea je dari tadi,"  Mikail bercekak pinggang. Aku menjelingnya geram.

"Aunty pergi atas dulu eh? Korang makan and berboraklah dulu," pesan puan hani sebelum berlalu ke tingkat atas.

"Kalau taknak teman, tak payah susah-susah teman," kataku sebelum terus berlalu ke dapur.

Aku lihat dekorasi dapur rumah Mikail. Ternyata, kemas dan moden .

"Woi nak merajuk pulak," ujar Mikail dari belakang. Aku mendiamkan diri. Aku mengambil pinggan dari rak pinggan.

"Eh meh sini pinggan . Biar aku tolong kau cedukkan nasi dengan lauk," mikail merampas pinggan yang aku pegang tadi.

Aku mendengus geram. "Eiii aku pandai buat sendiri lah mika,"

Mikail tersengih. "Haaa ada pun suara. Ingatkan dah bisu tadi,"

"Bak sini lah pinggan tu," keras suara aku. Geram je aku tengok anak aunty hani ni . Kalau dapat rembatkan ...

Mikail menjelirkan lidahnya. Aku mengeluh dan berlalu ke rak pinggan untuk mengambil pinggan baru.

Baru nak capai, mikail menghalang aku dari mengambil pinggan itu dengan berdiri di hadapan aku. Aku menapak ke belakang sedikit kerana terasa rapat sangat kedudukan aku dengan dia.

"Merajuk ke? Hm?" Tanya Mikail lembut. Aku mencebikkan bibir. Bukan merajuk, tapi hangin. Kata nak belajar, rupanya nak suruh aku teman dia keluar.

"Lia, janganlah merajuk. Tak comel la. Okay okay. Aku tahu kenapa kau merajuk. Aku bukan taknak bagitahu kau yang aku nak kau teman aku keluar harini, tapi kalau aku bgitau , kau nak ke teman aku, kan?" Ujarnya dalam nada lembut.

Ye tak ye jugak mikail ni. Kalau dari awal dia cakap, mesti aku tolak habis-habisan.

"Sorry eh lia?" Mikail menundukkan wajahnya untuk melihat reaksi aku.

Aku menghela nafas. "Haih yelah aku maafkan. By the way, kenapa kau ajak aku? Kenapa bukan Atiqah ke, sofia ke, salina ke, takpun zain?"

Mikail menggaru kepalanya. "Hmm sebab aku yang nak. Suka hati akulah,"

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku terus mengambil tempat duduk di meja makan. Macam mikail kata tadi, dia betul - betul mencedukkan aku nasi dan lauk ke dalam pinggan. Tiba- tiba terasa macam puteri pula.

Baru aku nak makan...

"Eh jap, tunggu aku!" Aku nampak mikail terus mengambil pinggannya pula dan menceduk nasi dan lauk-lauk ke dalam pinggannya.

"Haa okay. Jom makan," Usai doa makan dibaca, kami pun mula makan dengan tenang.

*****


BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now